JellyPages.com

Monday, 13 June 2011

KUETIAW GORENG BASAH

cuti sekolah telah berakhir sudah...makanya rutin seorang ibu bermula seawal pagi. Makanya pada pagi yang damai ni, aku telah sediakan kuetiaw goreng basah untuk anak-anak dan suami...TARAAAA....

KUETIAW GORENG BASAH

1 bungkus kuetiaw
1 keping dada ayam - hiris nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap hitam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
1 biji telur
1 mangkuk air
tauge secukupnya
daun kucai secukupnya - potong 1 inci
udang segar secukupnya

cara-cara:

1. panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang putih dan tumis sehingga kekuningan.

2. masukkan cili boh, kacau sehingga pecah minyak.

3. masukkan semua sos-sos yang ada, ayam dan udang, kacau lagi.

4. masukkan air, biarkan sehingga mendidih.

5. masukkan kuetiaw, tauge dan daun kucai. Kacau sehingga rata.

6. buatkan lubang di tengah dan pecahkan telur. Kacau sebentar sehingga kelihatan agak pekat dan tutup api.


mmm...yummy!!

cuba jangan tak cuba...


Thursday, 2 June 2011

AYAM MADU


Hari ni dilanda kebosanan…so, tengah lepak-lepak temankan anak-anak menonton tv, sempatlah jugak aku belek2 majalah masakan yang lama2 yang memang dh terperap kat rak buku tu...seb bek tak sempat jadi buku pekasam lagi..hu huu...
Tengah belek2 tu mata terpaku pada satu resepi ni..AYAM MADU...daripada Chef Kamarul. Apalagi tak lengah lg terus ke dapur ngecek segala barang yang ado...hmmm, alahai...semua bahan cukup, complete, lengkap! Makanya pada tengah hari yg lapo ni maka terhasil lah...ayam madu yg rasanya ala ala kt kedai mamak gitu... TARAAAA....


AYAM MADU

Sumber : Chef Kamarul

1 ekor ayam (potong 10)
2 sb rempah kari ayam
1 sb serbuk kunyit
6 ulas bwg putih
2 inci halia
2 labu bwg besar
2 sb cili kisar (aku guna serbuk cili Baba’s jer...)
5 sb madu
1 sb gula merah
2 sb tomato puri
Garam secukup rasa


1. Tumbuk halia dan bwg putih. Gaulkan bersama kunyit, rempah kari dan perasakan dgn garam.

2. Perap ayam dgn bahan campuran tersebut selama 2 jam.

3. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. Lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah.

4. Kisar sebiji bwg besar dan tumiskan. Masukkan lebihan bahan perapan ayam berserta cili kisar dan masak hingga garing.

5. Masukkan gula merah, madu, tomato puri dan kacau. Masukkan air dan kacau lagi.

6. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.

7. Sebiji lg bwg besar dihiris nipis dan masukkan sebelum masakan diangkat.


*kalu suka boleh gak masukkan biji gajus

cuba jangan tak cuba...ngeee..


Friday, 27 May 2011

salam bersua dan salam perkenalan



hmmm...itu je yg mampu aku ucapkan utk post yg pertama ni. Sebenarnya dh lama aku mengikuti blog-blog masakan yg ada cuma belum berkesempatan utk memiliki blog masakan sendiri. Bukan malas tapi kurang rajin sikit sebab aku banyak komitmen lain.

Antara blog masakan yang selalu aku ikuti ialah blog Cik Mat Gebu, Bro Rozzan, Hasue, mamafami, kak Hanieliza dan ramai lagilah yang femes2 tu... Seronok bila melayari blog mereka sebab ada banyak resepi-resepi dan juga tips-tips menarik yang boleh dikongsikan bersama. Secara tak langsung semangat untuk memasak dan mevariasikan masakan naik menjulang demi anak-anak dan mr hubby yang terchinta...

Ada juga beberapa resepi yang aku telah cuba, tapi idok le banyak bebenor...namun dalam proses cuba-mencuba tu ada jugak yang menjadi dan ada pulak yang sebaliknya. Hmmm... almaklumlah amatur lah katakan...takat nk jamu tekak anak-anak n mr hubby tu kira boleh le ... tapi itu tak mematahkan semangatku kerana sekali kita gagal bukan selamanya kita akan terus gagal..hu huuu..., alah...senang citer ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’ lama-lama asyik dok try n error je ‘alah bisa tegal biasa’ le...hu huuu...

 Pada entri akan datang aku akan cuba masukkan masakan-masakan yang pernah dan telah dicuba (tak kira le yang menjadi ke idok...) bak kata pepatah yang baik teladan yang buruk jadikan sempadan huargh hua hua (gelak jahat)

 Sebenarnya aku tengah sambung belajar sekarang ni di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari terakhir pengajianku, so rasanya inilah masa yang terbaik dan paling tepat untuk aku berblog...tp aktif ke idok belum tau lagi le...bergantung kepada masa dan keadaan. Hajat hati kunun-kununnya nak aktif le cam kengkawan yang lain...ha haa...doa-doakanlah ya...aku juga memerlukan tunjuk ajar dan pendapat kengkawan lain yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog masakan ni...
 

ngeee