JellyPages.com

Wednesday, 21 November 2012

PRAKTIS MENDEKO


haaa...ni lh dia deko yang aku buat masa si abang jatuh terlentang aritu...punyalah abik masa yg lama baru dapat masukkan ngeee...
takde le cantik mana pun, dah nama pun nak praktis je kan...klu dah praktis tu maknanya tak brapa nak ado la kn...klu dah ado maknanya xyah wat praktis hi hii....

yang ni cuba2 untuk sebiji kek. Ini kek oren blended dari myresepi. Kelemahan aku dalam mendeko kek ialah nk meratakan krim pada keseluhan kek...waduhhh....seksa bangat sehh...klu tgk dari dekat menggerutu gilerr krim kek aku...first time cuba buat border cengkerang. Sebelum ni pernah cubaa tapi tak menjadi. Last sekali cuba beli nozle baru, baru la nampak sikit bentuk cengkerangnya. suke sesangatt...pasal munger tu tak yah citer le...dalam banyak2 buat, yg 2 nguntum atas kek tu jelah yg nampak macam ghuper bunga yg lain2 hampeh hi hiii....


yang ni cuba buat badut la plak....tak tau le nak cakap ok macam tak ok, tp rasanya blh la sikit kot bagi aku yang baru2 nk mencuba ni ek....

yang ni plak nak buat munger chrysanthemum dgn munger hape aku pn tak tau le....aku buat ikut tangan sesuka ati je...apa nk jadi, jadi ler kn...alah kita yg buat dia kn...hi hiii


tapi keputusannya ialah......napelah tangan aku tak brapa nak lembut klu wat deko nih, hisshhh...tringin nak pergi berguru dengan yang pakar, tapi banyak plak halangan dan rintangan yang datang alasannnn...


Saturday, 17 November 2012

TERHANTUK KEPALA???


Ya Allah, hari ni aku telah diuji....
Hati ibu mana yg tidak sedih, sayu dan pilu apabila melihat anak yg dikandung jatuh terlentang di depan mata?
Ya Allah, hanya Tuhan saja yg tahu perasaanku ketika itu...
kisahnya macam ni...
Petang Jumaat dalam pukul 5 ptg aku cuba2 mendeko cupcake dan sebiji kek sebagai praktis. Terasa melekit la pulak lantai rumah, so aku pun capai mop nak mop lantai. Masa aku sibuk mengemop,  abang tengah leka menonton tv. Aku pun suruh lah dia bangun. Sambil bangun dan melangkah beberapa langkah mulutnya pn bercakap 'ooo...nk mop....' sepantas dengan itu, terus terlentang. Ya Allah kuat betul bunyi hentakan. Mop yg ku pegang terus ku campak dan terus memeluk abang yg dalam keadaan mamai, berkali-kali aku memanggil nama abang tapi masih mamai. Sikit pun abang tak menangis tu yg buat aku cukup risau. Namun setelah ku pangku dan ku panggil lagi namanya barulah keluar air mata tapi tidak menangis dengan kuat. Mungkin masih terkejut.

Aku panik dan tak tau nak buat apa... cuba hubungi papa berkali-kali tp tak jawab. Akhirnya papa sampai dalam pukul 8.45 malam dari tempat kerja. ku ceritakan segalanya. namun hatiku masih belum tenang melihat keadaan abang yg merengek menahan sakit. Rasa bersalah, menyesal dan macam2 lagi. Dalam kepala aku berkata 'kalau lh aku tak mop lantai benda ni takkan jadi..' 'kalau lah aku tak suruh abang bangun masa nak mop benda ni tak akan jadi...' menitis air mataku memikirkannya....

Tanpa berlengah pukul 9.30 aku terus membawa abang ke klinik, nasib baik tak ada orang lain yang menunggu. Sebaik sampai di klinik abang mengadu nak muntah dan terus ke bilik air bersama papa manakala aku terus ke bilik doktor. Setelah mendengar peneranganku, doktor terpaksa membuat surat untuk ke hospital kerana ada tanda2 muntah. Tak apa segalanya aku sanggup demi anak2.....namun setelah doktor memeriksa kepala, doktor ckp tunggu pantau dulu kesihatannya malam nanti sekiranya masih muntah atau sakit yang berterusan kena terus bawa surat yg diberi ke hospital.
Balik rumah terus abang makan ubat tahan sakit dan mengadu sakit perut. Terus papa ke kedai beli minyak angin...aku dah nekad malam ni aku akan jaga abang sampai ke pagi. Abang tak dapat tidur nenyak dan asyik merengek-rengek menhan sakit. Runtun rasa hatiku......
Ya Allah kau jauhilah anak-anakku dari segala penyakit yg merbahaya aminnn......

kesian....tidur dalam kesakitan
 
 

kalau ikutkan hatiku nak je aku terus bwk ke hospital, tapi papa cakap tunggu, tengok keadaan dulu...............
Untuk menenangkan hati, aku search di internet mengenai isu kepala terhentak. Akhirnya aku terjumpa soaljawab isu tersebut dlm blog Dr Zubaidi di sini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu menangkan hati aku yg tengah risau....maklum lah kita sebagai ibu semestinya risau jika keadaan ini berlaku...

menurut Dr Zubaidi kita kena pantau dalam tempoh 24 jam, dan sekiranya anak aktif bermain seperti biasa bermakna tiada kecederaan yang serius. TQ Dr atas info yang diberikan.

mama doakan semoga abang cepat baik dan boleh bermain seperti biasa ya.....AMINNN.....

Thursday, 15 November 2012

ROYAL AISING

Semalam kebosanan melanda sebab tak ada aktiviti yang menarik. Akhirnya mentol kat kepala ni menyala ting! ahah...ROYAL AISING...maka tanpa melengahkan masa yang tak berapa nak cukup ni, aku terus ke dapur dengan perasaan penuh keyakinan bahawa bahan2 yang akan digunakan cukup dan complete, maklum jelah bahan2 nya pun mudah dan simple.

Aku menggunakan resepi Chef Razak yang telah ku copy dari blog yatie's cooking. Kalau sesape yang nk tengok hasil kejadian yg yatie buat boleh klik kt sini, bunga yang dihasilkan oleh yatie cantik sangat. Tapi mintak maap le sebab aku punya buat bunga yg simple2 je. Maklum le keras tangan...untuk resepi ni aku buat setengah adunan je sebab baru first time nk cuba, takut tak menjadi plak kn....

Ni dia resepi yg mudah dan senang yg di copy dari blog yatie, thanks ya...

Royal Icing
Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)

Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
 3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Pukul adunan sehingga pekat
5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki.
untuk cubaan pertama ni aku tak menggunakan Traganth Gum, yg lain2 aku ikut sepenuhnya penggunaan bahan-bahan, dan adunan ni cepat keras. Makanya kena tutup dgn kain yg lembab adunan yg selebihnya sementara nak tunggu paip ya...dan inilah hasil kejadiannya...TARAAA....
warna merah, hudoh bebenor mungernya kan...
  
warna oren, ni dah jumpa skill sikit ni...

untuk setengah adunan dapat le banyak ni... jadi le kn, ni pun tak tau le nak tenggek kat mana nanti hi hii...

Thursday, 13 September 2012

TUJUH BULAN SUDAHHH....

setelah tujuh bulan berlalu, macam-macam keletah anak kecilku sorang ni...tengoklah gayanya yang pandai nak turun buai sendiri.



ha haa.. dia pun tahu kena ada step tau...
step 1 kena angkat kaki sambil lonjak bontot sampai bontot terkeluar hingga paras pinggang


step 2 kena meniarap dulu

step 3 kena la angkat kepala sambil tersengeh ngeh ngeh ngehhh...

macam tu lah yang selalu dibuat setiap kali bangun tidur....

Thursday, 7 June 2012

BUAT MUNGER...

hurmmm....alahai....
nape la susah bebebor aku ni nk wat munger guna krim ni, jenuh ku pusing pusing...ku picit picit...x jugak jadinya...keras tul gamaknya tangan aku ni.....

tapi kali ni (ntah yg ke berapa kali dh pun...) aku cuba gak lagi guna resepi dari juicy cafe. Hurmmm... nampak lah jugak perubahan berbanding dgn sebelum ni. Yang aku perasan, bila guna resepi ni senang sikit la nak bentukkan dia nyer kelopak tu. Kalau nak tengok yang betul-betul cantik tengok kat sini ek....cantikkkkk sangat kan???

nak tengok yang tak berapa nak cantik, tengok sini...TARAAA....


he heee....burukkk sangat kan??? takpe practice makes perfect kan kan.....(nk nyedapkan hati la kan...)


kelabu asap le plak gambor nyer.....
nanti nak kena cuba byk2 kali baru ok kot...x pe, nanti ada masa kena cuba lagi..nak wat macam juicy cafe gak, ada embunan pagi gituuu......



Sunday, 3 June 2012

TEMPAHAN KEK KEJU COKLAT...


alhamdulillah...
siap juga kek tempahan untuk esok. Sebenarnya aku terlupa yang tukang order tu nak esok, ingatkan 6hb. Nasib baik dia tel tengahari tadi nak ingatkan aku...he hee...yang tukang order tu bukannya orang lain pun, my PPM.......esk aku kena hantar betul2  kt depan pintu rumah, nak surprise kt husband katanya...
xpe, customer punya pasal wa sanggup maa....hu huu....

jom kita tengok rupa kejadian orang amatur cam aku ni punya kerja, sememeh takyah citer laa....tq kak wati, jgn serik order lagi ya, TARAAA....




Sunday, 20 May 2012

TORTILLA SOSEJ

ni menu sarapan pagi tadi....TARAAA......

Sedap.......
untuk kulit aku guna yang ready made, beli kt giant...rasa dia ala2 capati sikit, ni ghupernya TARAAA.....

Senang  kan? Takyah le kita beria ria nk nguli, nk ngadun  bagai utk nk dapatkan doh sekeping dua ni.. sekarang semuanya senang.... dalam tu ada 8 keping. Yang ni aku pilih yang potato, ada juga yang garlic. Makan sekeping pun dah cukup, tersadai kekenyangan dah...

caranya mudah je... ambil sekeping doh, panaskan atas kuali leper, masuk apa jua isi dalam yang dirasakan sesuai...alaaa kita yang buat dia, so terpulang le kita nak isi apa...bukannya dia marah pun, kih kih....

kalau nak ikut cara aku yang tak berapa nk pandai ni pun boleh gak, cam ni caranya....

ayam black pepper :

2-3 keping dada ayam - cincang halus
2 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 batang karot - potong mancis
1 helai daun bay
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - cincang

cara--cara:
  1. panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  2. masuk isi ayam dan kacau
  3. masuk daun bay dan karot, masak hingga karot empuk.
  4. masuk sosej dan sesuaikan rasa.
  5. bila dah agak kering, angkat dan ketepikan.
  6. masukkan inti dalam doh yang telah dibakar tadi, apalagi, ngappp lerrr.....
letakkan isi ayam tadi di tengah-tengah doh

curahkan sos cili dan sos thousand island kt atasnya

lipat doh kedua-dua belah tepi

dah siap dah....ENGGGGAPPP.....


Saturday, 12 May 2012

AKTIVITI MEMONDAN...


kesibukan tahap cipan sudah mula melanda....
al-maklum le cuti selama 3 bulan sudah sampai ke penghujungnya...
minggu ni sudah mula mengajar, bermakna rutin harianku juga akan berubah. Aktiviti memasak menjadi kurang rancak sebab banyak kerja-kerja tertunggak patut diselesaikan...disebabkan itu, minggu ni terpaksa dimasukkan entri yang tertunggak.

Dalam tempoh bercuti hari tu, aku ada menyiapkan tempahan cup cake drp x classmate masa kat maktab dulu untuk perkahwinannya di Beranang...ni lah hasilnya...TARAAA....

rupa kejadian sebelum di make-up

request memberku tu katanya nak cup cake coklat yang dihias dengan tulisan fondant yang terpacak atas kek. Hhmm...sebenarnya aku belum pernah lagi buat fondant yang terpacak, kalau setakat yang leper atas cup cake tu pernah le...tapi keinginan untuk mencuba tu ada, so berdebar-debar jugak le nak tunggu hasilnya, takut pulak tak menjadi...


ni lah ghopernye pondan yang telah dihurufkan....waaa...merah membara hatinya ya....he heee, tema purle putih...
huruf tersebut untuk membentuk SELAMAT PENGANTIN BARU AISYA & RIDZUAN. Semuanya ada 33 huruf, bermakna cc pun 33 biji lah...



ni ghupe yang telah terpacak....



sebenarnya cc ni sebagai pengiring utk kek utama, sebab tu tuannya nak hiasan yang simple2 je, tu pasal buat swirl je tu...
diharap my pren berpuas hati ya...TQ ca....


Friday, 4 May 2012

TERSENTUHHHHH HATI.....


Hmmm....tak tau le pulak aku kenapa malam tadi hati aku betul-betul tersentuh memikirkan sesuatu, sedar tak sedar mengalir air jernih di kelopak mataku ni....

biasa la kan, sebagai manusia ni kita akan diuji dengan pelbagai ujian, ada masa kita happy ada ketika tersentuhhhh hati bak kata upin & ipin. Tapi takde le tersentuh bagai tahap gaban, tahap cipan je....

tapi dalam dok sedih-sedih tu sempat lagi aku berbuai di buaian yang hampir uzur di anjung rumahku... bersastera la pulak...  sambil melayan perasaan la konon...

sebenarnya sedih aku tak seberapa sebenarnya, cuma yang buat lagi sedih dan terharu pasal ni haaa....
Si abang datang ngulur kan benda ni.....agaknya diorang nak hiburkan hati mamanya la kot....


katanya kak ngah bagi....(nk bagi sendiri malu kononnya) jenuh jugak aku pikir apa ke hal bagi hadiah ni. Laaa...rupanya hadiah hari ibu rupanya...awal betul dibaginya...

ni pulak dari si abang...


tapi yang tukang membelinya kak ngah...abang tukang ngulur je...
mana tak terharu, katanya dia beli kat sekolah dengan duit belanja. Habis duit belanja hari tu. Sanggup tak makan nak beli hadiah punya pasal....TERIMA KASIH ya kak ngah...


Bila aku tanya kenapa bagi awal sangat, kak ngah cakap,
'tak pe, nanti ada banyak lagi dia nak bagi...'

wahhh....banyak lg...hu huu suke mama dgr...kih kih...tak pe ngah, klu nak beli jangan beli dengan duit belanja tau...nt sian kak ngah...nanti hadiahnya kecik hu huuu... mintak je dengan papa ye...nanti hadiahnya lumayan lorhhh...

Dalam pada tu sempat juga aku nasihatkannya,
'jadikanlah setiap hari tu hari ibu. Bukan setiap bulan Mei je....dan tak perlu bagi mama hadiah pun, cukup sekadar jadi anak yang baik, soleh dan solehah, hormat ibu bapa, adik beradik dan semua orang....tu lah hadiah yang paling berharga dalam hidup mama dan papa...'

(tengah tunggu hadiah daripada my laling pulak...hu huu...)



Tuesday, 1 May 2012

RED VELVET


Akhirnya....
terlaksana juga impianku untuk menghasilkan projek besar, yaitu membaking kek pujaan ramai...RED VELVET padahal org lain dah jemu dah, ko aje yang ketinggalan...

Alhamdulillah kebetulan menjadi jugak rupanya. Tentang kesedapan tu xyah citer aaa... bagi org yang dah merasa je yang tau camana kesedapannya tuh...aku pun tak tahu dah berapa puluh kali kak long dok asyik cakap sedap. Sekali suap, sedap...dua kali suap pun cakap sedap jugak, berkali-kali suap berkali-kali jugaklah dia cakap...hu huu...cuma kek ni tak memenuhi selera si abang je ke kek aku yang tak sedap???  makan satu pun tak abis....kecik ati aku

Banyak lak aku punya bebel di hari buruh yang ceria ni..hu huu...apa tunggu lagi jom layan dia punya hasil kejadian...TARAAA....

rupa kejadian sebelum dibakar
aku buat dalam versi cup cake

rupa kejadian selepas dibakar

mak aaiii...dia nyer permukaan ngalahkan kawah gunung berapi, berlobang-lobang. Ni bukan apa sebab dok cucuk banyak kali nak tau masak ke tak sbb masaknya tak sama, ada yang masak ada plak yang belum...

rupa kejadian selepas di make-up

Ok lah jugak kan...utk first try, kalau dah cuba banyak-banyak kali baru le perfect kot...tapi memang berbaloi untuk dicuba...

rupa kejadian selepas di 'kotakkan..'

wahhh....first try terus ambik order...ha haaa...dah alang-alang kan, sambil menerai sambil mempromote kan...


ni resepinya...di sini ambil dari myresepi, TQ....



Wednesday, 25 April 2012

KEBUN KECIL

Kalau nak disenaraikan hobi, berkebun juga merupakan salah satu hobi aku yang tersenarai dalam tangga teratas selain daripada memasak.

Kenapa aku suka berkebun?
Bila aku berkebun aku rasa tenang dan aman damai sangat2, pas tu jadi hilang stress gitu....rasa nikmat sangat bila rasa peluh keluar dan meleleh kat pipi, lagi nikmat bila dapat kutip hasilnya ngeh ngeh ngehh...

Ni dia aku punya kebun kat belakang rumah je....TARAAA....
ni le tanah sekangkang kera yg ada...

ni layout kebun aku
takde le banyak mana pun...
aku bercucuk tanam ni pun sekadar tak nak membazir tanah kat belakang je, dapat le jimat2 duit dapur sikit...
tapi ada baiknya jugak tau...anak2 aku dapat le kenal pokok2 yang ditanam. 

Contohnya sebelum ni diorang hanya tau makan jagung je tapi tak boleh bayangkan macam mana rupa pokoknya..tp bila aku tanam jagung diorang cakap 'oo...macam ni rupanya pokok jagung ya ma...' Maklum le semuanya membesar kat KL, kalau balik kg pun sekejap2 je tak sempat nak meredah hutan dgn kebun pun..

kalau ikutkan dunia sekarang ni klik je kt 'en google' boleh je tengok apa2 yang tak pernah tengok tapi tak sama dengan penerokaan sendiri, maklum le kanak2 kan...suka meneroka...

ewahh...melalut plak aku yer...nak citer pasal kebun ke pasal anak? kui kui....

apa yang ada kat kebun aku?
ada le sikit2, lepas le klu takat nk wat masak utk aku sekuarga tu.. sendiri tanya sendiri jawab kui kui...
ni haa...tanaman yang ada TARAAA.....

Daun Kesum

Petola
tengah lebat berbunga
ni dah keluar putiknya dah...
ni tengah tunggu masa untuk dipetik

bunga apa ni??

Pokok Selasih
haa...itu le namanya bunga selasih, yang datang dari pokok selasih.
harum bau daunnya, boleh guna untuk masakan. Bijinya yang kering kalau dikopek dan direndam sehingga kembang boleh buat minum dgn air sirap, jadi le namanya biji selasih. Tapi aku takde le nk ngopek sendiri bijinya klu nak makan biji selasih,  banyak lg kerja nk buat, beli je kt kedai...lg cepat keh keh keh...
Pokok Ubi Keledek
pucuk keledek ni sedap tau kalau dibuat goreng, hmmm slurrrpp

Sawi
hasil tuaian..ngeh ngeh ngeh

ni ubi kayu ke kayu?
ubi kayu le...usia pokoknya memang dah lama dah...dlm 4-5 tahun dh..tgk, sampai terkeluar ubinya...tp ubinya masih boleh dimakan sebab aku ambil sikit2, tak yah tebang dia nyer pokok, maklum le famili tak ramai..
Projek tanam semula
Ubi kayu ni spesel tau...ubinya berwarna kuning, memang popular di Kelantan dan boleh menghasilkan kuih2 tradisional Kelantan yang sedap2. nanti aku postkan masakan yang guna ubi kayu ni ek, tunggu ubinya keluar dulu...ngeh ngeh ngeh..
Pokok Jagung
dah mengeluarkan bunga, tunggu hasilnya je..tak tau le menjadi ke tidak....

Pokok Limau Purut
ni pokok limau purut jenis yang tak berduri, pokok limau purut ni ada 2 jenis 1 jenis yang berduri 1 lagi yang tak berduri. Dua-dua jenis pokok ni ada kt belakang rumah aku.

Pokok Kunyit
tanam kunyit ni bukan utk kunyitnya pun, untuk daun je..maklum le famili aku ni semuanya hantu rendang...keh keh keh

Pokok Kari
pokok kari pun ada 2 jenis, 1 berdaun halus 1 lagi berdaun besar. Yang ni jenis yg berdaun halus. Rasanya org ckp yg berdaun halus baunya lebih wangi.

Bayam Merah
bayam pun ada dua jenis, 1 berdaun merah mcm kat atas, 1 lg berdaun hijau..yg tu aku tak tanam.

Kacang Panjang
menjadi pulak kacang panjang ni sampai muak aku satu famili makan...kacang panjang pun ada byk jenis juga tapi yg aku tanam hanya 1 jenis ni je...nk tanam yg lain tak jumpa benihnya.

Pokok Keladi
aku tak tau le pulak apa nama keladi ni, tapi yang aku tahu tanam untuk isinya sebab aku beli je ubi keladi kat pasaraya pastu aku tanam kat belakang rumah. Tengah tunggu hasil jugak tak tau menjadi ke tidak...

Pokok Bunga Telang
ni le pokok yang popular untuk buat nasi kerabu
menjadi sungguh kalau tanam pokok ni, sekejap je dah jadi semak dia punya pokok...so kena le rajin2 tebas ya...

Pokok Pudina
 pokok ni nampak macam tak begitu menjadi lagi sebab baru seminggu tanam. Belum keluar pun lagi tunas2 baru, tu yang nampak cam gonjeng je tu...

Pokok Halia
 halia ni pun baru tanam jugak..baru keluar 1 mata tunas je...tu yang macam tiang sebatang je tu...

Pokok Labu
pokok labu ni aku cuma dapat merasa pucuknya aje, buahnya tak menjadi. Rasanya sebab tanah keras sangat dan jauh daripada air. Pokok labu ni kalau kita tanam kat kawasan berair suker la dia...

Pokok Pisang
 tak tau nama yg sebenarnya. Aku ambil anak benih masa balik kampung sebab ada jiran bagi buahnya. Aku buat sira pisang dan buat goreng. Sedap rasa isinya, lebih kurang macam rasa pisang tanduk. Tapi buahnya tak macam pisang tanduk. Aku tak pernah pulak tengok pisang tu kt KL atau kt mana2 sebelum ni. Nantilah, dh berbuah nt aku postkan kt sini.

Kacang Sepat
Biasanya kacang ni selalu ditanam oleh orang India, sbb boleh dikatakan setiap rumah mereka ada tanam kacang ni. Aku dapat benih ni pun jiran India aku yang kasi. Bagi aku kacang ni memang sedap, sebab tu aku tanam...

Pokok Cili
yang ni aku tak nak komen lebih2 sebab baru sesangat tanam...usahkan nak bercerita tentang hasil, pokoknya pun belum tentu panjang umur ke tidak...keh keh keh...

pokok bawang
ni pun no komen....tp klu dh bwg, bila keluar je daun kira dh menjadi le tu...apa susah, ambil pisau, potong, dh...bwk ke dapur..keh keh keh

hmmm...indahnya alam ciptaan Tuhan...

Aikkk??? semut pun hisap madu ke?
takpe...silakan....

haiii...pak belalang...tengah bernujum ke...keh keh
takpe makan le sepuas hati ye, tak luak pun...

 
~ KIKI ~
ni dia pengawal keselamatan kat kebun aku...

tgk tu, melilau je cari mangsa...
kalau nk tahu, memang elok tau bela kucing kalau berkebun, nt tak tentu arah dia mengejar burung datang kih kih...tp kalau waktu pagi aku tak lepaskan dia kt belakang sebab nt habis dihalaunya burung2 yg datang nak makan ulat. Biarkan je si burung tu makan ulat2 yang ada klu tak, abis le tanaman kita...maklum le tanam sendiri ni poison free. waktu pagi plak waktu burung2 kluar cari makan...so waktu petang baru aku lepas kucing aku ni main kat belakang.
TQ ya KIKI...
jasamu ku kenang