JellyPages.com

Wednesday, 25 April 2012

KEBUN KECIL

Kalau nak disenaraikan hobi, berkebun juga merupakan salah satu hobi aku yang tersenarai dalam tangga teratas selain daripada memasak.

Kenapa aku suka berkebun?
Bila aku berkebun aku rasa tenang dan aman damai sangat2, pas tu jadi hilang stress gitu....rasa nikmat sangat bila rasa peluh keluar dan meleleh kat pipi, lagi nikmat bila dapat kutip hasilnya ngeh ngeh ngehh...

Ni dia aku punya kebun kat belakang rumah je....TARAAA....
ni le tanah sekangkang kera yg ada...

ni layout kebun aku
takde le banyak mana pun...
aku bercucuk tanam ni pun sekadar tak nak membazir tanah kat belakang je, dapat le jimat2 duit dapur sikit...
tapi ada baiknya jugak tau...anak2 aku dapat le kenal pokok2 yang ditanam. 

Contohnya sebelum ni diorang hanya tau makan jagung je tapi tak boleh bayangkan macam mana rupa pokoknya..tp bila aku tanam jagung diorang cakap 'oo...macam ni rupanya pokok jagung ya ma...' Maklum le semuanya membesar kat KL, kalau balik kg pun sekejap2 je tak sempat nak meredah hutan dgn kebun pun..

kalau ikutkan dunia sekarang ni klik je kt 'en google' boleh je tengok apa2 yang tak pernah tengok tapi tak sama dengan penerokaan sendiri, maklum le kanak2 kan...suka meneroka...

ewahh...melalut plak aku yer...nak citer pasal kebun ke pasal anak? kui kui....

apa yang ada kat kebun aku?
ada le sikit2, lepas le klu takat nk wat masak utk aku sekuarga tu.. sendiri tanya sendiri jawab kui kui...
ni haa...tanaman yang ada TARAAA.....

Daun Kesum

Petola
tengah lebat berbunga
ni dah keluar putiknya dah...
ni tengah tunggu masa untuk dipetik

bunga apa ni??

Pokok Selasih
haa...itu le namanya bunga selasih, yang datang dari pokok selasih.
harum bau daunnya, boleh guna untuk masakan. Bijinya yang kering kalau dikopek dan direndam sehingga kembang boleh buat minum dgn air sirap, jadi le namanya biji selasih. Tapi aku takde le nk ngopek sendiri bijinya klu nak makan biji selasih,  banyak lg kerja nk buat, beli je kt kedai...lg cepat keh keh keh...
Pokok Ubi Keledek
pucuk keledek ni sedap tau kalau dibuat goreng, hmmm slurrrpp

Sawi
hasil tuaian..ngeh ngeh ngeh

ni ubi kayu ke kayu?
ubi kayu le...usia pokoknya memang dah lama dah...dlm 4-5 tahun dh..tgk, sampai terkeluar ubinya...tp ubinya masih boleh dimakan sebab aku ambil sikit2, tak yah tebang dia nyer pokok, maklum le famili tak ramai..
Projek tanam semula
Ubi kayu ni spesel tau...ubinya berwarna kuning, memang popular di Kelantan dan boleh menghasilkan kuih2 tradisional Kelantan yang sedap2. nanti aku postkan masakan yang guna ubi kayu ni ek, tunggu ubinya keluar dulu...ngeh ngeh ngeh..
Pokok Jagung
dah mengeluarkan bunga, tunggu hasilnya je..tak tau le menjadi ke tidak....

Pokok Limau Purut
ni pokok limau purut jenis yang tak berduri, pokok limau purut ni ada 2 jenis 1 jenis yang berduri 1 lagi yang tak berduri. Dua-dua jenis pokok ni ada kt belakang rumah aku.

Pokok Kunyit
tanam kunyit ni bukan utk kunyitnya pun, untuk daun je..maklum le famili aku ni semuanya hantu rendang...keh keh keh

Pokok Kari
pokok kari pun ada 2 jenis, 1 berdaun halus 1 lagi berdaun besar. Yang ni jenis yg berdaun halus. Rasanya org ckp yg berdaun halus baunya lebih wangi.

Bayam Merah
bayam pun ada dua jenis, 1 berdaun merah mcm kat atas, 1 lg berdaun hijau..yg tu aku tak tanam.

Kacang Panjang
menjadi pulak kacang panjang ni sampai muak aku satu famili makan...kacang panjang pun ada byk jenis juga tapi yg aku tanam hanya 1 jenis ni je...nk tanam yg lain tak jumpa benihnya.

Pokok Keladi
aku tak tau le pulak apa nama keladi ni, tapi yang aku tahu tanam untuk isinya sebab aku beli je ubi keladi kat pasaraya pastu aku tanam kat belakang rumah. Tengah tunggu hasil jugak tak tau menjadi ke tidak...

Pokok Bunga Telang
ni le pokok yang popular untuk buat nasi kerabu
menjadi sungguh kalau tanam pokok ni, sekejap je dah jadi semak dia punya pokok...so kena le rajin2 tebas ya...

Pokok Pudina
 pokok ni nampak macam tak begitu menjadi lagi sebab baru seminggu tanam. Belum keluar pun lagi tunas2 baru, tu yang nampak cam gonjeng je tu...

Pokok Halia
 halia ni pun baru tanam jugak..baru keluar 1 mata tunas je...tu yang macam tiang sebatang je tu...

Pokok Labu
pokok labu ni aku cuma dapat merasa pucuknya aje, buahnya tak menjadi. Rasanya sebab tanah keras sangat dan jauh daripada air. Pokok labu ni kalau kita tanam kat kawasan berair suker la dia...

Pokok Pisang
 tak tau nama yg sebenarnya. Aku ambil anak benih masa balik kampung sebab ada jiran bagi buahnya. Aku buat sira pisang dan buat goreng. Sedap rasa isinya, lebih kurang macam rasa pisang tanduk. Tapi buahnya tak macam pisang tanduk. Aku tak pernah pulak tengok pisang tu kt KL atau kt mana2 sebelum ni. Nantilah, dh berbuah nt aku postkan kt sini.

Kacang Sepat
Biasanya kacang ni selalu ditanam oleh orang India, sbb boleh dikatakan setiap rumah mereka ada tanam kacang ni. Aku dapat benih ni pun jiran India aku yang kasi. Bagi aku kacang ni memang sedap, sebab tu aku tanam...

Pokok Cili
yang ni aku tak nak komen lebih2 sebab baru sesangat tanam...usahkan nak bercerita tentang hasil, pokoknya pun belum tentu panjang umur ke tidak...keh keh keh...

pokok bawang
ni pun no komen....tp klu dh bwg, bila keluar je daun kira dh menjadi le tu...apa susah, ambil pisau, potong, dh...bwk ke dapur..keh keh keh

hmmm...indahnya alam ciptaan Tuhan...

Aikkk??? semut pun hisap madu ke?
takpe...silakan....

haiii...pak belalang...tengah bernujum ke...keh keh
takpe makan le sepuas hati ye, tak luak pun...

 
~ KIKI ~
ni dia pengawal keselamatan kat kebun aku...

tgk tu, melilau je cari mangsa...
kalau nk tahu, memang elok tau bela kucing kalau berkebun, nt tak tentu arah dia mengejar burung datang kih kih...tp kalau waktu pagi aku tak lepaskan dia kt belakang sebab nt habis dihalaunya burung2 yg datang nak makan ulat. Biarkan je si burung tu makan ulat2 yang ada klu tak, abis le tanaman kita...maklum le tanam sendiri ni poison free. waktu pagi plak waktu burung2 kluar cari makan...so waktu petang baru aku lepas kucing aku ni main kat belakang.
TQ ya KIKI...
jasamu ku kenang


Tuesday, 24 April 2012

STEAMBOAT


Ini kesahnya menu malam tadi.....
My laling dah lama dok bersungut nak makan steamboat, cuma ayangnya aje yang takde masa nak merealisasikan impiannya...ngeh ngeh ngeh...

So, malam tadi barulah terlaksana...tu pun sebab my laling cuti, maka boleh le buat sebab ada orang yang boleh jaga baby Erin.

Ni lah hasilnya....TARAAA....



Gambo kat atas tu sebenarnya yang tersurat je tu, alaa...untuk posing2 jew...yang tersiratnya idok le banyak itu, laaaagi banyak isi kandungannya. Mana cukup beb 5 orang makan banyak tu....
kuah iringan utk steamboat ni aku makan bersama kuah sup, resepi nanti msuk kedian ek...yang penting post dia nyer gambo dulu, maklum le takut basi....

Bukan nak cakap apa la mengenai hasil kejadiannya...hmmmm memang superbbb abis le wa cakap lu...he heee...tak toleh kiri kanan my family makan...tak caya tengok....TARAAA....

sebelum....

selepas....

sebelum...

selepas...

isshh issshhh...burok nau makan nyer ya....sape le tu agaknya...
takpe yang penting 1 family gumbira dapat makan. Kak ngah cakap "ma, 5 bintang" si abang cakap "tak tak...10 bintang" he hee gasak le korang berapa bintang yang penting licin....TQ sbb sudi puji masakan mama sendiri, kui kui....

ni dia nyer sos yang sheedapp...


Tuesday, 17 April 2012

AKU DAN DOT DOT DOT....

Malam ni terasa tak leh tidur lak...agaknya penat sangat dgn aktiviti siang tadi kot, ditambah pulak melayan karenah baby yang selalu meragam bila nak tidur malam... Alang kepalang tak leh tidur baik aku masukkan entri pagi tadi punya citer...

Issshhhh... ni tak bleh jadi ni, semua org dah
mengedot, aku je yang terhegeh-hegeh cam kura-
kura... Nak wat camana masa dan keadaan tak
mengizinkan...tapi tak pe, org mengedot, aku pun
nak mengedot jgk...ngeee

Sebenarnya aku ngedot sebab kawan yang request utk dia, pikir punya pikir elok juga sbb boleh ngetest jadi ke idok skill aku mengedot...alhamdulillah lembut dan gebu kejadiannya, biasa la ikut resepi yang paling popular seantero dunia....tuan punya resepi asal tak tau le pulak sebab resepi ni dah merebak-rebak umpama virus yang berjangkit menyerang di mana pun jua. Walopepun, terima kasih ya kpd tuan punya resepi asal.


Apam Polkadot
Sumber resepi: Shelly@myresipi.com
Bahan-bahan:

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Saturday, 14 April 2012

KEK BARBIE DOLL


Ni satu lagi kes tertunggak kat dapur sivil...   
kua kua kuaaa...
mana taknya, 3 minggu lepas punya citer... tapi tak pe, klu tak masuk rugi..dibuatnya gambor ni hilang dalam simpanan dah tak ada lagi kenangan buat tatapan anak-anakku di masa akan datang
huu huuu...


ni sebenarnya kek befday aku buat khas untuk anak sulungku, Allisya. Kiranya pes time le ni aku deco kek barbie doll ni...jadi tak jadi peduli hape haku, yang penting patung barbie doll yang terpacak kat atas tu jadi kn...so takde le org tak kenal ni kek hape...hmmmm alahaiiii...


kek ni aku guna kek coklat moist. Kek yang bagian bawah tu aku kukus, yang bagian atas utk gaun tu aku bakor..saja nak testing apa beza kukus dgn bakor. Pada aku rasanya yang kukus lagi terbaeeek le sbb yang bakor tu agak kering sikit.


kek ni idok le cantik pun...memang buruk le, dah nama pun baru nak blajor kn...tapi tak pe, yang penting aku ikhlas buat untuk kak long untuk di makan bersama kengkawannya....

tengok, dah jadi cam gini dah...sampai terbelah bontot barbie doll dikerjakan budak2 ni..kih kih