JellyPages.com

Wednesday, 21 November 2012

PRAKTIS MENDEKO


haaa...ni lh dia deko yang aku buat masa si abang jatuh terlentang aritu...punyalah abik masa yg lama baru dapat masukkan ngeee...
takde le cantik mana pun, dah nama pun nak praktis je kan...klu dah praktis tu maknanya tak brapa nak ado la kn...klu dah ado maknanya xyah wat praktis hi hii....

yang ni cuba2 untuk sebiji kek. Ini kek oren blended dari myresepi. Kelemahan aku dalam mendeko kek ialah nk meratakan krim pada keseluhan kek...waduhhh....seksa bangat sehh...klu tgk dari dekat menggerutu gilerr krim kek aku...first time cuba buat border cengkerang. Sebelum ni pernah cubaa tapi tak menjadi. Last sekali cuba beli nozle baru, baru la nampak sikit bentuk cengkerangnya. suke sesangatt...pasal munger tu tak yah citer le...dalam banyak2 buat, yg 2 nguntum atas kek tu jelah yg nampak macam ghuper bunga yg lain2 hampeh hi hiii....


yang ni cuba buat badut la plak....tak tau le nak cakap ok macam tak ok, tp rasanya blh la sikit kot bagi aku yang baru2 nk mencuba ni ek....

yang ni plak nak buat munger chrysanthemum dgn munger hape aku pn tak tau le....aku buat ikut tangan sesuka ati je...apa nk jadi, jadi ler kn...alah kita yg buat dia kn...hi hiii


tapi keputusannya ialah......napelah tangan aku tak brapa nak lembut klu wat deko nih, hisshhh...tringin nak pergi berguru dengan yang pakar, tapi banyak plak halangan dan rintangan yang datang alasannnn...


Saturday, 17 November 2012

TERHANTUK KEPALA???


Ya Allah, hari ni aku telah diuji....
Hati ibu mana yg tidak sedih, sayu dan pilu apabila melihat anak yg dikandung jatuh terlentang di depan mata?
Ya Allah, hanya Tuhan saja yg tahu perasaanku ketika itu...
kisahnya macam ni...
Petang Jumaat dalam pukul 5 ptg aku cuba2 mendeko cupcake dan sebiji kek sebagai praktis. Terasa melekit la pulak lantai rumah, so aku pun capai mop nak mop lantai. Masa aku sibuk mengemop,  abang tengah leka menonton tv. Aku pun suruh lah dia bangun. Sambil bangun dan melangkah beberapa langkah mulutnya pn bercakap 'ooo...nk mop....' sepantas dengan itu, terus terlentang. Ya Allah kuat betul bunyi hentakan. Mop yg ku pegang terus ku campak dan terus memeluk abang yg dalam keadaan mamai, berkali-kali aku memanggil nama abang tapi masih mamai. Sikit pun abang tak menangis tu yg buat aku cukup risau. Namun setelah ku pangku dan ku panggil lagi namanya barulah keluar air mata tapi tidak menangis dengan kuat. Mungkin masih terkejut.

Aku panik dan tak tau nak buat apa... cuba hubungi papa berkali-kali tp tak jawab. Akhirnya papa sampai dalam pukul 8.45 malam dari tempat kerja. ku ceritakan segalanya. namun hatiku masih belum tenang melihat keadaan abang yg merengek menahan sakit. Rasa bersalah, menyesal dan macam2 lagi. Dalam kepala aku berkata 'kalau lh aku tak mop lantai benda ni takkan jadi..' 'kalau lah aku tak suruh abang bangun masa nak mop benda ni tak akan jadi...' menitis air mataku memikirkannya....

Tanpa berlengah pukul 9.30 aku terus membawa abang ke klinik, nasib baik tak ada orang lain yang menunggu. Sebaik sampai di klinik abang mengadu nak muntah dan terus ke bilik air bersama papa manakala aku terus ke bilik doktor. Setelah mendengar peneranganku, doktor terpaksa membuat surat untuk ke hospital kerana ada tanda2 muntah. Tak apa segalanya aku sanggup demi anak2.....namun setelah doktor memeriksa kepala, doktor ckp tunggu pantau dulu kesihatannya malam nanti sekiranya masih muntah atau sakit yang berterusan kena terus bawa surat yg diberi ke hospital.
Balik rumah terus abang makan ubat tahan sakit dan mengadu sakit perut. Terus papa ke kedai beli minyak angin...aku dah nekad malam ni aku akan jaga abang sampai ke pagi. Abang tak dapat tidur nenyak dan asyik merengek-rengek menhan sakit. Runtun rasa hatiku......
Ya Allah kau jauhilah anak-anakku dari segala penyakit yg merbahaya aminnn......

kesian....tidur dalam kesakitan
 
 

kalau ikutkan hatiku nak je aku terus bwk ke hospital, tapi papa cakap tunggu, tengok keadaan dulu...............
Untuk menenangkan hati, aku search di internet mengenai isu kepala terhentak. Akhirnya aku terjumpa soaljawab isu tersebut dlm blog Dr Zubaidi di sini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu menangkan hati aku yg tengah risau....maklum lah kita sebagai ibu semestinya risau jika keadaan ini berlaku...

menurut Dr Zubaidi kita kena pantau dalam tempoh 24 jam, dan sekiranya anak aktif bermain seperti biasa bermakna tiada kecederaan yang serius. TQ Dr atas info yang diberikan.

mama doakan semoga abang cepat baik dan boleh bermain seperti biasa ya.....AMINNN.....

Thursday, 15 November 2012

ROYAL AISING

Semalam kebosanan melanda sebab tak ada aktiviti yang menarik. Akhirnya mentol kat kepala ni menyala ting! ahah...ROYAL AISING...maka tanpa melengahkan masa yang tak berapa nak cukup ni, aku terus ke dapur dengan perasaan penuh keyakinan bahawa bahan2 yang akan digunakan cukup dan complete, maklum jelah bahan2 nya pun mudah dan simple.

Aku menggunakan resepi Chef Razak yang telah ku copy dari blog yatie's cooking. Kalau sesape yang nk tengok hasil kejadian yg yatie buat boleh klik kt sini, bunga yang dihasilkan oleh yatie cantik sangat. Tapi mintak maap le sebab aku punya buat bunga yg simple2 je. Maklum le keras tangan...untuk resepi ni aku buat setengah adunan je sebab baru first time nk cuba, takut tak menjadi plak kn....

Ni dia resepi yg mudah dan senang yg di copy dari blog yatie, thanks ya...

Royal Icing
Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)

Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
 3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Pukul adunan sehingga pekat
5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki.
untuk cubaan pertama ni aku tak menggunakan Traganth Gum, yg lain2 aku ikut sepenuhnya penggunaan bahan-bahan, dan adunan ni cepat keras. Makanya kena tutup dgn kain yg lembab adunan yg selebihnya sementara nak tunggu paip ya...dan inilah hasil kejadiannya...TARAAA....
warna merah, hudoh bebenor mungernya kan...
  
warna oren, ni dah jumpa skill sikit ni...

untuk setengah adunan dapat le banyak ni... jadi le kn, ni pun tak tau le nak tenggek kat mana nanti hi hii...