JellyPages.com

Friday, 10 January 2014

RINDUUU ABANG


pejam celik pejam celik, rupanya dh seminggu lebih dh persekolahan bermula....hmmm dh seminggu lebih jgk la aku dh berenggang dgn si abang.... RINDUNYAAAA kt dia...

ya la, mana taknya dari kecil sampai umur 6 tahun asyik berkepit je...5 & 6 tahun plak pergi dan balik sekolah sama2...mana taknya, akulah mama aku jugalah cikgunya..begitu juga dengan dia, dialah murid dia jugalah anak lelaki tunggal ku....

kalau dulu aku sentiasa marah bila dia bising dan banyak bertanya, x kira di rumah mahupun di sekolah...tapi sekarang terasa sangat2 sunyi sementara menunggu pukul 6.40 petang masa utk dia pulang ke sekolah...masa minggu pertama dapat la jgk jumpa sekejap pukul 11.00 pagi balik sek agama, tp sekarang terpaksa serahkan kt taska depan sekolahnya atas sebab kekangan masa yg teramat padat..

kalau dulu dlm kelasku, aku selalu marah dia sbb terlalu sgt byk cakap, byk soalan...tp sekarang ni bila aku pandang keliling kelas terasa mcm terngiang-ngiang hilai tawanya bersama rakan-rakan. Rindu kepada soalannya bermacam-macam...selalunya pembelajaran akan jadi lambat sebab terpaksa melayan soalan dan pertanyaannya. Ada je soalan yg hendak ditanya dan nak dikongsikan dalam setiap topik yg aku kemukakan...

mama tahu abang seorang yang pandai dan bijak, sebab itulah sifat ingin tahu abang begitu menebal dalam diri...terima kasih kerana abang sudi dan tidak pernah bosan menjadi murid mama selama tempoh 2 tahun...banyak cabaran yang terpaksa mama telan apabila abang bersama mama. Mama terpaksa lupakan gelaran pelajar terbaik semata-mata abang adalah anak mama kerana tidak mahu orang lain memandang serong dan supaya orang tidak mengatakan pilih kasih. Namun hakikatnya mama tahu siapa sebenarnya yg layak...semoga abang sentiasa menjadi yg terbaik kepada mama dan papa...

alhamdulillah...
walaupun berita ni aku blm dgr sendiri dr mulut abang (sbb blm blik sek lg) ada ibu bekas muridku baru je wassap memberitahu yg abang telah ditukarkan ke kelas 1 Amanah iaitu kelas pertama berdasarkan markah ujian yang diperolehi...markah ujian yg diperolehi semuanya 5 A++
mama tahu abang boleh!!!!

layan jelah gambar yg kelabu asap ni...gmbar masa hari orientasi sekolah 31.12.2013 




x banyak pun dpt ambil gambar, x sempat mna nk berkejar bayar yuran pendaftaran lagi...2 sekolah plak tu...

MISS U BANG!!!!