JellyPages.com

Thursday, 8 October 2015

LOMPAT TIKAM

Pelik kan?? Hmmm.. tp itulah yang sebetulnya nama kuih ni. Tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan tanah tumpah darahku hihihiii.

Tapi sebutan Kelantan tak de le camtu kan...org Kelantan sebut lopak tike.

Kuih ni sangat popular pada bulan puasa. Sebabnya?? sebabnya terasa lemak2 manis gula melaka pastu dimakan pulak sejuk2, terasa nyaman je kt tekak bila telan...phehhh sedapnyaaaaa....

Bagi yang tak pernah merasa kuih ni boleh la mencuba sendiri ya. Tak susah pun...senang je...rajin ngan tidak je wehwehwehhhh.

Jom layan resepi...


Tuesday, 6 October 2015

FLUFFY BANANA CAKE

Wahhhh nama pun dah fluffy kan.... kalau tak gebu lagi tak tau nak kata la kan.... memang fluffy pun...disebabkan kes nak ngabiskan pisang emas yang dah masak setandan tu, terpaksa la aku merajinkan diri untuk buat benda alah ni. Dulu dah pernah buat tapi x post dalam blog pun. Resepi ambil kat blog Che Mat sini

Kek ni rasanya lembab2 gebu2 gitu. Memang sedap secukup rasa dah. Ok ni dia resepi copy paste dari blog Che Mat ya...TQ for this recipe

 Yang ni saja gatai tangan nak menghias bagai...guna whip krim je ni
 untuk hiasan kat atas tu potong-potong je pisang pastu goreng saute dengan minyak atau mentega sampai kekuningan pisang tu. Pastu susun atas cupcake.



Bahan-Bahannya:
120 g tepung halus/tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred A
120 g pisang, dilecek (mat guna pisang emas)
120 g gula halus
1/2 camca besar ovallate
85 g mentega cair
50 g kacang walnut, dicincang kasar

Cara membuatnya:-

  1. Satukan gula dengan ovallate, pukul hingga sebati dengan gula. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gunakan speed sederhana. Kemudian masukkan pisang lecek dan diakhiri dengan mentega cair. Gaul hingga semua rata dan sebati.
  3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata, sudukan ke dalam paper cup hingga hampir penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit. Keluarkan dari oven bila masak dan sejukkan atas jaringan...Boleh dihidangkan bersama teh untuk minum petang...

Sunday, 4 October 2015

CAMERON HIGHLAND LAGI...

Sebenarnya ni acara yang lama dah..hahaa...bru nk update. Tak kesah la yaa...janji ada...

Yaaaaa...CH lagi....sebelum ni pn ada jgk pergi lagi CH tapi malas nak hapdate sbb xde apa yang menarik sbb tempat yg sama je dok ulang2 pergi. Tapi kali ni kena hapdate sbb yg ni special. Nape special? Sebab kali ni bkn pergi utk berjalan-jalan atau bersiar-siar, tapi kali ni pergi untuk melawat dan berkunjung ke rumah kawan yg tinggal di sana.

Ini la dia my pren tu....


Masih segak bergaya....semat jjetak lg kata org Kelantan huhuuuu
Kawan 1 sekolah di SMDB. Sekarang beliau mengajar di salah sebuah sekolah di CH. Jadi kami tak lepaskan peluang ni...kes ambil kesempatan la ni..

Kami bertolak berasingan pada 30.8.2015. Sempena cuti hari Merdeka. Aku bertolak pada pukul 8.00 pagi dari Klang. Lepas tu singgah di R&R Tapah untuk sarapan dan terjumpa pulak salah seorang geng rombongan dari gombak huhuuu..Ni dia.. bekas ketua kelas kitaorg masa form 3 tahun 1992..phehhhh lama tuuuuu


Kami meneruskan perjalanan bersama-sama. Akhirnya selamat sampai di CH. Mak aiii....dari bawah lg dh nampak jem di sepanjang perjalanan menuju ke Brinchang. Sebelum ni penah datang masa cuti2 sekolah, tapi xde la seteruk ni jem. Nak x nak perjalanan diteruskan dan selamat sampai ke rumah Usin. Laaaaa.... dia tinggal di kuarters guru yang betul2 bersebelahan dengan MARDI. Ish ishhh...kenapa la sebelum ni x tau pun...

Apa2 pn....sampai je isterinya tengah ligat kat dapur menyediakan makan tengah hari untuk kami. Terima kasih Su, makan tengah hari yang sangat2 sedap. Berselera kami makan sejuk2 ni.


Dah kenyang2 perut, petang tu kami ke ladang strawberi yang berada di dalam kawasan rumah Persekutuan. Tapi x ingat la apa nama tempat tu. Kat situ kami makan strawberi. Tak lama sangat lepak kat situ sbb xde apa yang menarik pn..Lepas tu kami terus bergerak ke tapak perkhemahan yang kami akan buat BBQ malam nanti.






Haaaa...ni la tempatnya...







X lengah lagi kami terus cop pondok. Dalam pukul 6 petang kami dh mula hidupkan api nk buat bara.



Kami kaum hawa ni x abis2 la dok berposing hihiii..



alahai....toreh apa tu Cik Mah ooooiiii...

acara pembakaran pun bermula








 Akhirnya dalam pukul 11.30 kot kami balik semula ke rumah Usin..plan memula nk tidur kat hutan simpan tu dalam khemah tapi memandangkan hujan renyai2 x berani la pulak takut beku kesejukkan kt sana.



HARI KEDUA

Alhamdulillah..malam tadi dapat tidur dengan lena walaupun kami kaum hawa berkongsi bilik. Kaum Adam tidur di ruang tamu. Seronok sesekali macam ni. Walaupun kami lama x bersua muka terutama tuan tanah kedaung abg Usin, namun hubungan kami semua tetap akrab..malah lebih akrab daripada zaman persekolahan dulu. Bayangkan dalam 20 tahun kami x berjumpa. Kami hanya berchit chat di dalam whatsapp group dan FB sahaja. Semoga hubungan yg terjalin ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim kami..sampai bila2... Hebatnya persahabatan kami.

Ini pandangan waktu pagi dari rumah tuan tanah kedaung hihiiii

SK Tanah Rata betul2 di hadapan kuarters 


Posing jap
dah nama pun tinggal kat CH kan...takkan x menanam bunga ya dakkk
pandangan dari balkoni belakang rumah

Hari ni kami bersarapan dengan nasi kerabu, mihun goreng, nasi goreng dan ada beberapa makanan sampingan lain...rajin betul isteri Usin, Su namanya...malu pulak rasanya. Tapi kami rasa selesa disebabkan Su peramah orangnya dan membuatkan kami tidak kekok. Macam dah kenal lama plak rasanya hihiiii

Cek mek molek digentel oleh Pn Norma 



Destinasi kami setelah bersarapan ialah menuju ke MARDI yg sangat2 dekat dengan rumah Usin. Kami pergi dalam pukul 10.00 pagi..
Kali ni MARDI tak menarik sangat sbb banyak pokok-pokok yang xde. Dulu2 penuh dengan pokok tomato dan sayuran lain, tapi kali ni semuanya dah xde. Dah habis musim kot, tapi x nampak pulak utk yg tanam semula.
Catwalk bersama daughter masing-masing hahaha

peaceeee yoooo
dok intai-intai buah anggur yang tak nampak bayang pun..
mencari-cari biji benih stevia kot2 blh bawak balik tanam kat rumah pulak nt kikikiiii

Setelah penat berjalan2 lepak2 kat taman MARDI. Layan kanak2 riang bermain bubble giant...adehhhh aku yg semput melayan diorg main...apa taknya...aku yg terlebih excited daripada diorg. Maklum le zaman aku kecik2 dulu xde plak benda2 cam ni hahaaaa











Lepak sampai kul 12.00 tengah hari. Sebelum balik bergambar kenangan dulu sbb lepas ni kami akan ke Kea Farm shoping strawberi sikit lpas tu terus bergerak balik ke rumah masing2.



Ni la dia...ahli-ahli rombongan Cik Kiah


Bergerak pulak kami ke Kea Farm. Mak aiiii....punya la jemmmm.... kul 12.00 dari MARDI kul 1.00 pun masih belum sampai di Kea Farm lg. Parah betul jem ni...x bergerak2 dari pekan Brinchang. Sudahnya aku dan HB buat keputusan x nak teruskan perjalanan ke Kea Farm. Rasanya lebih baik kami bertolak pulang sahaja ke Klang. Lalu kami u-turn menghala semula ke Tanah Rata. Kami berpecah sbb aku x nak mengganggu program diorang utk bershoping.

Sebelum balik aku singgah minum dulu di ladang KHM untuk makan skon yang sedap tu. Kali ni 2 set aku order. Tak cukup lagi tak tau le...


Selesai makan kami mula bergerak pulang. Keputusan diambil untuk melalui Tapah. Jalan yg macam ular kena palu tu. Sempat la singgah beli petai yang bersepah2 tepi jalan tu. Mak aiii....pun jem jugak jalannya. Bayangkan pukul 2.00 petang kami bertolak dari CH pukul 11.00 malam baru selamat sampai di rumah. Fuhhh serik aku dengan jem kali ni. Apa2 pn kami semua enjoy.... terima kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah Usin dan Su atas susah payah melayan karenah kami semasa di sana. Semoga kita dapat berkumpul lagi di lain masa...