JellyPages.com

Monday, 10 July 2017

CAMERON HIGHLAND LAGI....

Tu lah dia tajuknya... entah yang ke berapa kali pun dah lupa dah. Cuma aku tak update kat blog je sbb biasa2 je dah tak de apa nak dikongsi. Memang dah tak ingat pun sebab setiap tahun memang akan pergi ke sana at least sekali setahun, ada masanya sampai 3 kali setahun pergi.. Pastu acah-acah duk kat obersi huhuuu

Tapi sekarang ni kami sekeluarga dah mula kurang untuk ke sana. Bukan sebab jemu, tapi sebab dah banyak perubahan dah kat sana. Tak macam dulu-dulu lagi dah. Antaranya yang paling ketara ialah suhu kat sana pun dah makin meningkat. Kalau dulu-dulu nak ke sana mesti wajib bawa sweater pada waktu siang, tapi sekarang ni tak payah nak pakai sweater bagai dah kat sana. Cuma waktu malam je ada rasa sejuk lagi. 

Kalau dulu tinggal dalam bilik hotel terasa sejuk walaupun semua bilik-bilik hotel kat sana tiada sediakan kipas apatah lagi aircond. Tapi sekarang tidak lagi. Aku akan pastikan memilih hotel yang menyediakan kipas sekarang ini kerana ada kalanya terasa panas dan bahang pada waktu siang. Begitu juga pada waktu malam terasa lemas apatah lagi sekiranya tingkap ditutup.

Apa tujuan aku selalu sangat ke CH? tak bosan ke? Itu soalan popular dikalangan rakak-rakanku. Tujuan sebenarnya adalah untuk berehat dan release tension daripada hiruk-pikuk kota dan stress kerja. Tapi sekarang dah tak boleh dapat dah semua tu.. Sebab?? Sebab sekarang CH sendiri pun dah jadi hiruk-pikuk sama dengan bandar-bandar lain sekarang. Sentiasa sibuk.. sentiasa penuh orang sentiasa jamed jalannya. Aku pernah pergi waktu weekend, jalannya jem.. pernah pergi masa cuti bersambung 3 hari, jalannya jem.. cuti sekolah?? huhhh lagi la tak payah cerita.. hotel pun macam goreng pisang panas dah.. harga barang melambung naik.. harga hotel pun melambung naik...

Itulah antara faktor-faktor yang menyebabkan aku sudah mulai kurang ke sana tapi masih ada lagi keinginan untu pergi cuma kurang kerap macam sebelum ni je. Pembangunan, penerokaan tanah-tanah untuk perladangan semua tu faktor penyumbang meningkatnya suhu kat sana. Semua tu boleh nampak dengan jelas sekarang ni.

k lah.. kembali ke pangkal jalan dengan tajuk ni. Sebenarnya benda ni dah basi dah pun. Dah lama dah pergi tapi baru tergerak hati nak post, sebab ramai yang berminat dengan review CH ni. Aku pernah share kat sini, dan kat sini.

Kali ni aku pergi untuk berehat masa dalam perjalanan balik dari Kelantan ke KL masa cuti raya yang lepas. Daripada makan jem dari Gua Musang, Kuala Lipis dan Bentung baik aku naik CH rehat-rehat dulu kan.. memang tak jem pun lalu sini. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam macam tu lah daripada Gua Musang ke sini. Tak lama pun.
 
tu diaaaa tido keletihan

Sampai-sampai je benda pertama yang aku buat ialah terus terjah hotel-hotel di Brincang. Bukan apa, takut dah penuh maklum le ramai juga yang singgah ke sini dari kampung masing-masing. Tapi sekiranya dah kehabisan hotel aku tak risau sangat pun sebab aku akan guna plan B. Aku akan bermalam rumah kawan sekolah aku dulu la hihihiii.. rumahnya di Tanah Rata di kuarters guru yang betul2 bersebelahan MARDI.

Selalunya aku akan cari hotel bajet je. Tak mampu nak bayar mahal-mahal untuk hotel yang nak tinggal sekejap tu. Baik aku gunakan duit tu untuk belanja anak-anak makan dan shoping kan.. Beberapa hotel yang aku terjah masih ada kosong cuma aku nak pilih yang selesa sikit sebab tak banyak pilihan dah. Ada yang bilik kecik tapi mahal. Ada yang murah tapi tak selesa. Ada yang cantik, selesa, harga pun reasonable tapi tak de tingkap. Fuhhh masa masuk tengok tu pun dah rasa lemas camana nak tidur malam nanti. 


ni bilik dari hotel Big Red. Selesa harga RM 160 tapi takde tingkap dan kipas.. so aku rijek.

Ada 1 hotel ni aku lupa dah namanya, bila aku tanya katanya ada dan dia tanya aku berapa orang. Aku cuma cakap aku nak bilik triple. Dia kata ada bilik saiz queen 2 katil. aku setuju harganya Rm 160.00. Sekali dia tak bagi aku sewa bila tengok family aku. Katanya dia ada limit untuk bilik tu hanya untuk 4 dewasa sahaja. Kiranya aku dah terlebih muatan le tu sbb ada 2 lg anak aku.. cheehhhh sebelum ni yang aku duk pergi-pergi tu tak pernah pulak nak tengok jumlahnya orangnya. Selalunya pilih bilik, bayar, dah... 

Akhirnya aku ke bangunan depan hotel tu je, FLORA DE COTTAGE.. masuk tanya tengok bilik dan dia tak tanya pun aku berapa org. Aku buat 2 pilihan bilik masa tu. Tingkat bawah Rm 150 1 katil queen dan 1 katil double decker. Ada tingkap dan ada kipas. Banyak2 hotel yang aku tanya tu hanya hotel ni je yang sediakan kipas. So apalagi.. dah semestinya aku akan pilih hotel ni. Cuma aku nak buat pilihan bilik je. 

Tingkat 1 Rm 160, 2 katil double. Tapi bilik lupa pulak nak snap masa gi tengok tu. Okey juga bilik tu, tapi anak2 merengek-rengek nak bilik bawah sebab kemaruk nak tidur katil double decker. Budak2 la katakan hihiii.. so, done!! kami pilih yang bawah. Ni la biliknya..



Ok tak?? pada aku memang dah ok sangat la sebab dah nama pun hotel bajet ko nak hotel yang selesa bagai tu ko gi la cari hotel yang ada bintang lip lap lip lap tu kan. Memang jujur la cakap kan.. kalau nak bandingkan hotel ni dengan hotel Chua Gin tu memnag yang ni lagi ok la. sebenarnya aku dah 3 kali juga duk hotel Chua Gin tu walaupun tak ok hahaa.. sebab terdesak kan, nak wat camana. Chua Gin berbau hapak dan karpet pada lantai lembab je. Ketiga-tiga bilik yang aku pernah sewa dulu semua mcm tu.

bilik air kecik sikit. Tp boleh la sbb bukan nak buat tidur pn. Yang bestnya bilik ni ialah boleh keluar lepak-lepak kat bangku yang disediakan di tepi tingkap bilik. 

Di bahagian tepi disediakan bangku. Jadi kami boleh lepak2 sambil makan2 dan minum2 kopi. Sambil menghirup udara nyaman.

Anak2 keluar pun main ikut tingkap je malas nak keluar dari pintu.


Malamnya pulak kami keluar cari makan. Orang tersangat la ramai kt kedai2 makan. Cadangnya nak makan kt Pak Nik ikan bakar yang selalu kami makan tu tp tak bukak plak. Kt situ mmang sedap2 masakannya. Last2 ke kedai Mamak jelah senang xyah nk tunggu2 masak lg. Tu pn meja penuh. 
 Nampak tak plastik bungkus penuh meja.. mulanya beli bungkus nk makan kat bilik je sbb org ramai..sekali dapat plak meja. Beli nasi ngan ayam goreng je pastu roti nan cis dan tandoori tu je.. tu pn tak habis pun makan.


Tentang plug pulak jgn risau.. memang banyak disediakan

dekat point tv

tepi katil

ni pun tepi katil


Mak aii cer tengok anak2 aku tido.. ni melambangkan bilik ni selesa kot.. keh keh kehhhh




Okey dah penat dah bebel.. kita layan gambau-gambau jelah ya.. layannnnn





Ni dah lepas check out. Ni le tempat yang kami lepak tu malam tu. sebelah kiri kami tu je bangku tu. So senang punggah barang pun hulur ikut tingkap je.



Lepas check out cadangnya nak ke Kea Farm sekejap nak beli strawberi. Tapi mak aihhh jalan ke sana dah kemain panjang jem. Jadi kami buat keputusan nak patah balik ke tanah rata je dan balik melalui Tapah, tak jadi balik ikut Simpang Pulai sbb jem woooo

Akhirnya kami singgah di sini je S CORNER KEA FARM. Boleh la tu sbb bukan nak bershoping sakan pun. Sbb dah byk kali datang dah biasa dah dengan barang2 kat sini huhuuu. 


Kat sini pun macam2 ada juga tapi tak meriah macam kt Kea Farm le. Daripada aku nak tempuh jem dan susah nak cari parking baik kat sini je.













TAK SABAR NAK BALIK RUMAH DAH WEHHH

selalunya kami akan ke KHM utk santai-santai minum teh sambil makan scone. tapi pd hari tu scone dah habis..so kami dtg ke sini.. YZ
boleh tahan juga scone kt sini


aiskrim strawberi

mi kari memang terbaik.. sedap sangat2




ACARA MANDI-MANDA
acara terakhir di CH td ialah makan-makan scone. Lepas tu kami terus bertolak balik melalui tapah sbb plan nak bwk anak-anak singgah lepak di Lata Iskandar.

bosan sebenarnya sebab dah banyak kali dtg.. layan jelah demi anak-anak

muka anak-anak ikan yang tak pernah bosan bila nampak air hakhakkk

abang & adik

posing jelah kita ngah.. ilangkan boring


tu diaaaa... bila mau naik pun tarak tau laaa ini anak-anak ikan. Jenuh memujuk baru la naik... dan seterusnya menuju ke home sweet home... wallaaaaa penat wehhhh