JellyPages.com

Wednesday, 23 May 2018

IFTAR RAMADHAN KE 6 (22.5.2018)

Menu yg dah basi. x dapat jg nak update seawal mungkin. Maklum le bulan-bulan puasa banyak urusan2 yang terpaksa dilaksanakan sampai x terlaksana pn.

ni menu untuk iftar yg ke 6

Monday, 21 May 2018

IFTAR RAMADHAN KE 5

Haaaaa ni baru menu yg belum basi lg ya sbb ni betul2 punya menu utk iftar ke 5.. cuma terlebih masa je. org update sebelum atau selepas berbuka. Ini x.. nak masuk waktu bersahur baru nak update. Tp ok jg la kan drp xde hukhukkk

ini menu untuk hari ni. Iftar ke 5

IFTAR RAMADHAN KE 5

untuk hari kelima ni tahap kerajinan masih ditahap yg amat memberangsangkan. Kita tunggu la utk sampai penghujung Ramadan nanti adakah dapat mengekal tahap kerajinan ataupun terkandas di pertengahan.

wokeyyyy
ini menu utk hari yg keempat ya

IFTAR RAMADHAN KE 3

Wokeyyyy
Ni menu iftar hari ketiga tau... walaupun dalam kalender Islam dah 5 Ramadhan hukhukkk

IFTAR RAMADHAN KE 2

Mak aiiii kemain lama baru nak update.. punya la sibuk kan..
Kalau ikutkan hari ni dah hari kelima dah. Tapi xpe, kita sekali kn je dari yg kedua hingga yg kelima. Kalau x di update x blh nak buat rujukan pulak pada masa akan datang pabila tibanya Ramadhan yg seterusnya hakhakkk.. senang nt kalau xde idea copy paste idea je..

okay.. ini menu iftar utk hari yg kedua ya.. layannnnnnn

Friday, 18 May 2018

MENU BERBUKA HARI - 1

Inilah menu berbuka untuk hari pertama. Selalunya pn menu berbuka kami simple2 je.. dan anak-anak pn tak cerewet mengenai makan berbuka sebagaimana makan sahur.

Cadangnya nak masak mini roti john. Semua bahan dah siap disediakan dah pn.. sekali anak ajak mr bigboss ke bazaar Ramadan dibawanya balik roti john dengan tpg pelita.. adoiii frust btl. so cancel jelah nk masak roti john.
tengokkkk.. dh siap pn rencah untuk roti john. Terpaksa simpan untuk esk jelah
 
asam pedas ikan duri. paling suka telurnya tu. Sedap dehhh.. beli 2 ekor ikan duri 1 ekor je yg ada telur.

tak jadi buat roti john roti tu buatkan roti omelette je. Ni pn kira peberet kitorg jgk ni. nak buat pn senang je.. 
ayam goreng tepung. Guna tepung bestari je.. memang sedap tepung ni.


ni dia roti john yg dibeli kt bazaar Ramadan tu. boleh laa tahan. Letak cheese punya

ni semuanya.. 1 je x dpt posing.. tepung pelita sbb terlupa duk dalam peti sejuk. Alhamdulillah kenyang sudahhhh


Alhamdulillah..

17.5.2018 sekali lagi diberikan nafas untuk menjalani ibadah puasa. Kali ini berpuasa dalam mood yg baru dengan kerajaan yg baru setelah Pakatan Harapan memenangi undi majoriti dalam PRU 14 pada 9.5.2018 yg lepas yg akhirnya telah menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yg ke 7 menewaskan Dato Seri Najib. Namun, kita sebagai rakyat harus memberi peluang kepada pucuk pimpinan yg baru menerajui negara dan diharap ianya lebih baik dari yg sebelumnya.

Kita timggalkan dulu kisah politik. Kita fokus pada ibadat puasa kita pada tahun ini agar ianya akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada kita. Ni dia.. menu sahur utk hari pertama. simple je sbb bigboss pn xde sebab kerja malam. Anak-anak pn bukan makan sgt pn kalau bersahur.


ayam goreng bawang

ayam masak kicap

ayam sambal

sawi goreng ikan bilis
alahai... x habis pn semua ni.. makan pn bertiga je.. k.long x makan nasi. Diet katanya ngeeeeeee

dah siap makan pekena pulak teh 0 suam









Tuesday, 1 May 2018

PINDAH RUMAH


Alhamdulillahhhhh…
Hanya itu yg dpt diucapkan tanda syukur kpd Allah S.W.T. setelah seminggu bertungkus-lumus mengangkut barang2 utk berpindah. Walaupun renovation rumah belum sepenuhnya siap.. tp kami terpaksa pindah juga sbb dh bagitau kt owner rmh sewa kami duduk sampai abis bln 4 je. Tp ok la pindah sbb kalau tak nanti 2 rumah nak kena cover. Rumah sewa dan rumah yang beli sbb bermula 1 Mei 2018 first instalment bagi rumah yg kami beli tu.

Dalam tempoh sebulan drp dpt kunci kami terpaksa buat segala-galanya sebelum berpindah. Agak rushing dan amat meletihkan. Tp nak buat mcm mana dah nasib kami dapat owner yg jual rumah yg agak cerewet dan berkira. Tak nak langsung dia nak bagi kunci pada kami dulu walaupun urusan2 yg lain dah selesai. Padahal sebelum ni kami berjiran pn.. hanya selang 5-6 buah rmh je drp rmh yg kami sewa tu. Nak jg dia tunggu kami start instalment baru nak bagi. nasib baik la pindah dekat je.. 

Dapat je kunci terus cari tukang yg boleh renovate depan rumah untuk buat awning dan tembok. My bigboss dh lama usha2 sekitar taman ni dan dpt juga la sorang tukang dari Indonesia ni. Namanya Saiful. Bigboss jumpa masa Saiful tgh siapkan rumah di sekitar taman2 ni juga. Ok juga la dengan dia.. murah dia ambil mungkin sbb dia pun baru2 nak bertapak kot.. sbb katanya sebelum ni dia bekerja dengan Cina. Sambil2 buat rumah aku sambil2 dia promosi kot2 ada yg berkenan katanya.

Tp tu la.. kesian juga ya aku tgk diorg bekerja. 4 org semuanya. Kesian sbb aku dan bigbos kira untung dia x seberapa bila dibahagi 4 org. Kami tau harga barang yg dibeli sbb Saiful beli brg dgn my bigboss. tp takpe la.. kami tambah2 juga projek utk diorg.. mungkin dapat la juga cover2 upah diorg. Daripada kami suruh buat tembok dan awning kami juga suruh pecahkan toilet yg ada dalam master bedroom. Untuk pindah barang2 pn diorang ckp biar diorg yg buatkan sbb tak jauh katanya. Ok laa.. bagi jg kt diorg dan cancel je lori yg kami nak tu. Kos sewa lori tu bg je kt diorg. Diorang angkut brg yg besar2 je mcm peti sejuk.. almari.. meja mcm tu laa.. brg2 yg kecik2 tu aku dah masuk kotak punggah dgn keta buruk yg byk berjasa tu je.

Kami juga upahkan diaorg utk cat sbb beria diorang mintakan utk cat rumah tu. Sian pulak kan.. lagipun masa dah suntuk dan kekangan masa bagi je diorg job sikit. Katanya dia akan cat 1 rumah drp tembok yg baru disiapkan, siling, hall, dapur dan semua keempat-empat bilik. Kami tinggal beli cat je. Bahagian beli2 cat serahkan pada beta ya.. sbb bigboss selalunya I followww je katanya. Setiap ruang setiap sudut warna berlainan aku pilih.. lantak laa mcm caca marba pn janji tak bosan pandang dinding sbb pegi dapur warna lain.. hall lain.. bilik pulak lain hakhakkkk..

Ok done!!!!!
Memang 1 rumah complete diorg cat… ok la.. puas hati. Kalau nk buat sendiri pn memang tak terdaya rasanya kami. Kalau kami komplen je terus dia betulkan. Dia nak dia puas hati kami pun puas hati. Sampaikan jiran sebelah pn minta dia buatkan sekali awning rumahnya dan pasangkan tile pada tembok yg aku buatkn tu kt sebelah rumahnya plak.

Hari ni pun kerja2 masih belum settle lagi.. hari ni tembok baru blh cat sebab kerja2 wiring kt tembok dah selesai. Yg dlm rmh minggu lepas lagi dh settle.

Sejak pindah Sabtu aritu (28.4.2018) ini la menu pertama sejak duk rumah baru. Dari hari Khamis kami makan makanan beli je sbb bermula drp punggah brg dh x boleh masak sebab dapur dh clearkan dh.. pastu dah pindah sini rumah berselerak lg dengan penat lg…mana lalu woiii nk masak… 



so sempena 1 Mei.. hari pekerja makanya aku masak. Dh pindah ni bila masak tak tergamak kot x jemput tukang2 tu mkn kn.. so jemput diorg makan juga la walaupun simple je sbb penat blm hilang lg n brg2 pn blm abis kemas sepenuhnya lg. rumah pn masih bersepah x blh nk kemaskan btl2 sbb ada kerja2 diorg yg blm settle lg. lain kali la story pasal rumah ya… diorg mmang rajin dan x berkira pn.. mcm2 juga diorg tolong buatkn walaupun tak mintak.. alhamdulillah jumpa tukang yg baik dan ikhlas dlm kejanya.