JellyPages.com

Saturday, 21 April 2018

KECIK DALAM KENANGAN

Akhirnya kau pergi jua wahai KECIK... 
x disangka x diduga.. begitu jugalah dgn kita yg bernama manusia.. mati itu pasti.. cuma lambat dan cepat sahaja..

Aku.. bukanlah seorang pecinta kucing.. tapi bukan bermakna aku seorang yg kejam terhadap haiwan bernama kucing..

Mengimbau kenangan bersama kecik..
Ia diambil semasa bercuti di kampung, Melaka.. Kecik bukanlah kucing yang gah ataupun kucing yang mahal.. Kecik hanyalah kucing kampung yang terbiar dan tak diendahkan oleh sesiapa.. dgn keadaan yg agak kotor.. comot.. berkurap di hidung dn telinga.. masih kecil ketika itu.. tp disebabkan rengekkan anak-anak utk membawa balik ke Klang.. akhirnya aku beralah dgn bersyarat.. janji akan jaga kecik makan minum dan kencing beraknya.

Kecik begitu dimanjakn oleh anak-anak.. sehinggakan aku turut cair melihat telatah KECIK..  sehinggalah jiran India di sebelah tidak senang dgn kehadiran kecik lalu dipukul KECIK hingga terkulai lemah semasa ketiadaan aku di rumah. Waktu itu, aku sedang berkursus di Bukit Raja dan menerima panggilan drp Kak Long yang keseorangan di rumah. Kak long bertanyakan tentang Kecik sbb selalunya KECIK akan ada di hadapan rumah setiap hari. Kak Long mengadu ada terdengar riuh-rendah dari rumah India jiran sebelah rumahku semasa bangun dari tidur. Dan mendengar jeritan kucing yang kuat tapi tak pasti itu jeritan Kecik atau kucing yang lain.

Dengan rasa tidak sedap hati, pada waktu rehat aku tak berlengah lagi terus balik ke rumah untuk melihat KECIK sebab Kak Long dah ke tempat kerja. Alhamdulillah...sampai je di rumah kelihatan Kecik di hadapan rumah. Legaaaa rasanya... aku terus kembali ke tempat aku berkursus tadi.

Namun, anggapanku yang KECIK tiada apa-apa adalah salah kerana pada keesokkan harinya KECIK sudah mulai kelihatan lemah dan tidak bermaya.. hampir seminggu keadaan berlarutan. Tidak boleh dibelai ia akan mengiau kesakitan... perut KECIK semakin membengkak dan akhirnya x dpt bergerak.. Air mataku menitis melihat kesengsaraan KECIK. Lalu kami buat keputusan utk membawa ke klinik sebagai usaha terakhir.. Alhamdulillah setelah dirawat KECIK sihat dan aktif seperti biasa sehinggalah ke hari ini.. Hari yg amat menyedihkan bagi kami sekeluarga terutama anak-anakku.. 

 X sangka.. pagi2 tadi KECIK tetiba terkencing di tilam sofa tempat ank2 berbaring petanda utk dia pergi meninggalkn kami buat selama-lamanya.. sedangkan sebelum ini tak pernah pun kencing di dalam rumah.. selepas itu, aku sibuk dengan tugasan memasak dan mengemas rumah kerana tidak lama lagi kami akan berpindah.

Sehingga tengahari kelibat KECIK masih tak kelihatan.. ank2 memanggil utk memberi mkn..tapi tak nampak kelibat.. lalu kami abaikan.. sangkaku Kecik masih blm blk dr merayau.. Tp apakan daya.. jam 4.30 ptg ankku tergerak hati untuk membuka pintu kereta kerana kelihatan cermin berkabus dan abg buka semata-mata utk menulis pada cermin yang berkabus yang kebetulan hujan renyai-renyai ptg tadi.. akhirnya ternampak kecik sudah tak bernyawa di bahagian belakang.. allahuuuu.. kecikkkkk rupanya dah menyelinap masuk tanpa disedari semasa papa buka bonet kereta untu mengabil air gas untuk diberikan kpd kontraktor yang sedang menyiapkan renovation halaman rumah yang akan kami pindah nanti.. benda dah nak jadi.. 

Apakan daya kami... sudah sampai ajalmu.. paling terkesan adalah Kak Ngah.. sbb paling rapat dgn KECIK adalah Kak Ngah..abg n adik.. maaf ngah.. ni bkn salah sesiapa.. ini kerana masanya telah sampai.. Kak Ngah sedih mama pun sedih.. kita simpan ketat-ketat kenangan KECIK bersama2.. kita dah jaga dia dengan terbaik semasa hayatnya.. semoga dia juga mendoakn kita..

X dpt lagi gosok2 leher kecik sambil dia pejam2 mata
X dpt lg tgk dia golek2 dpn porch bila nmpak kita blk rmh 
X dpt lg dia manja2 tido kt sebelah
X dpt lg bwk dia gi jalan2 naik kereta
X dpt...
X dpt...




No comments:

Post a Comment