JellyPages.com

Tuesday, 1 May 2018

PINDAH RUMAH


Alhamdulillahhhhh…
Hanya itu yg dpt diucapkan tanda syukur kpd Allah S.W.T. setelah seminggu bertungkus-lumus mengangkut barang2 utk berpindah. Walaupun renovation rumah belum sepenuhnya siap.. tp kami terpaksa pindah juga sbb dh bagitau kt owner rmh sewa kami duduk sampai abis bln 4 je. Tp ok la pindah sbb kalau tak nanti 2 rumah nak kena cover. Rumah sewa dan rumah yang beli sbb bermula 1 Mei 2018 first instalment bagi rumah yg kami beli tu.

Dalam tempoh sebulan drp dpt kunci kami terpaksa buat segala-galanya sebelum berpindah. Agak rushing dan amat meletihkan. Tp nak buat mcm mana dah nasib kami dapat owner yg jual rumah yg agak cerewet dan berkira. Tak nak langsung dia nak bagi kunci pada kami dulu walaupun urusan2 yg lain dah selesai. Padahal sebelum ni kami berjiran pn.. hanya selang 5-6 buah rmh je drp rmh yg kami sewa tu. Nak jg dia tunggu kami start instalment baru nak bagi. nasib baik la pindah dekat je.. 

Dapat je kunci terus cari tukang yg boleh renovate depan rumah untuk buat awning dan tembok. My bigboss dh lama usha2 sekitar taman ni dan dpt juga la sorang tukang dari Indonesia ni. Namanya Saiful. Bigboss jumpa masa Saiful tgh siapkan rumah di sekitar taman2 ni juga. Ok juga la dengan dia.. murah dia ambil mungkin sbb dia pun baru2 nak bertapak kot.. sbb katanya sebelum ni dia bekerja dengan Cina. Sambil2 buat rumah aku sambil2 dia promosi kot2 ada yg berkenan katanya.

Tp tu la.. kesian juga ya aku tgk diorg bekerja. 4 org semuanya. Kesian sbb aku dan bigbos kira untung dia x seberapa bila dibahagi 4 org. Kami tau harga barang yg dibeli sbb Saiful beli brg dgn my bigboss. tp takpe la.. kami tambah2 juga projek utk diorg.. mungkin dapat la juga cover2 upah diorg. Daripada kami suruh buat tembok dan awning kami juga suruh pecahkan toilet yg ada dalam master bedroom. Untuk pindah barang2 pn diorang ckp biar diorg yg buatkan sbb tak jauh katanya. Ok laa.. bagi jg kt diorg dan cancel je lori yg kami nak tu. Kos sewa lori tu bg je kt diorg. Diorang angkut brg yg besar2 je mcm peti sejuk.. almari.. meja mcm tu laa.. brg2 yg kecik2 tu aku dah masuk kotak punggah dgn keta buruk yg byk berjasa tu je.

Kami juga upahkan diaorg utk cat sbb beria diorang mintakan utk cat rumah tu. Sian pulak kan.. lagipun masa dah suntuk dan kekangan masa bagi je diorg job sikit. Katanya dia akan cat 1 rumah drp tembok yg baru disiapkan, siling, hall, dapur dan semua keempat-empat bilik. Kami tinggal beli cat je. Bahagian beli2 cat serahkan pada beta ya.. sbb bigboss selalunya I followww je katanya. Setiap ruang setiap sudut warna berlainan aku pilih.. lantak laa mcm caca marba pn janji tak bosan pandang dinding sbb pegi dapur warna lain.. hall lain.. bilik pulak lain hakhakkkk..

Ok done!!!!!
Memang 1 rumah complete diorg cat… ok la.. puas hati. Kalau nk buat sendiri pn memang tak terdaya rasanya kami. Kalau kami komplen je terus dia betulkan. Dia nak dia puas hati kami pun puas hati. Sampaikan jiran sebelah pn minta dia buatkan sekali awning rumahnya dan pasangkan tile pada tembok yg aku buatkn tu kt sebelah rumahnya plak.

Hari ni pun kerja2 masih belum settle lagi.. hari ni tembok baru blh cat sebab kerja2 wiring kt tembok dah selesai. Yg dlm rmh minggu lepas lagi dh settle.

Sejak pindah Sabtu aritu (28.4.2018) ini la menu pertama sejak duk rumah baru. Dari hari Khamis kami makan makanan beli je sbb bermula drp punggah brg dh x boleh masak sebab dapur dh clearkan dh.. pastu dah pindah sini rumah berselerak lg dengan penat lg…mana lalu woiii nk masak… 



so sempena 1 Mei.. hari pekerja makanya aku masak. Dh pindah ni bila masak tak tergamak kot x jemput tukang2 tu mkn kn.. so jemput diorg makan juga la walaupun simple je sbb penat blm hilang lg n brg2 pn blm abis kemas sepenuhnya lg. rumah pn masih bersepah x blh nk kemaskan btl2 sbb ada kerja2 diorg yg blm settle lg. lain kali la story pasal rumah ya… diorg mmang rajin dan x berkira pn.. mcm2 juga diorg tolong buatkn walaupun tak mintak.. alhamdulillah jumpa tukang yg baik dan ikhlas dlm kejanya.

No comments:

Post a Comment