JellyPages.com

Tuesday, 31 December 2013

AHLI KELUARGA BARU

(sebenarnya post ni dh ada, tp ntah camana blh terdelete plak...akhirnya aku repost balik sebijik mcm yg asal dulu utk tatapan kenanganku dan famili)

Hmmmm memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami... en. Ciko Marciko!!! yeyyy! yeyyy!
Sebenarnya dah lama teringin nk abik anak angkat ni...baru skrang plak termakbul, mudah-mudahan bahagia bersama kluarga kitaorg ya...


 Best jgk bela sugar glider ni tau..seronok buat main terutama sekali budak2. Ni umurnya baru 2 bulan setengah. Ok la, jinak la jgk kn.xde la plak dia nk menggigit dan nak mencakar org. Sebelum ni dah lama dok cari info kt tenet pasal benda ni, dan byk jgk info yg mengatakan benda ni akan akan agresif sikit sebelum dia betul2 kenal kita. Tapi Ciko ok je, manja je...cuma dalam tempoh 2 hari selepas urusan jual beli tu dia mcm monyok je kt sangkar. Risau jgk kn dh habis beratus xkn dh nk mati kot...

cari2 le jgk info kt tenet, katanya dlm tempoh 2-3 hari pertama memang dia cam gitu sbb mungkin dia stress dan juga masih belum biasa dgn persekitaran yg baru. Masuk hari ke-3 dia dh mula ok dan aktif, panjat sana panjat sini macam ni...




Ni beli kat Uptown Shah Alam. Harga RM 180.00 seekor. Kalau tak harganya RM 200 lebih tapi dia wat promosi sempena cuti sekolah, so rembat jelah...lagipun dh lama anak2 dok merengek mintak belikan. Dah abis cuti sekolah nanti harganya akan jadi harga biasa pulak..
fotogenik pulak tu kan...comellll...............

Sape2 yang teringin nak beli tu beli le...dan bagi yg mula berjinak2 dan perlukan info berguna klik kt di sini ya...info kt blog tu banyak membantu aku jgk, thanks...


PASANGAN BARU


Haa...ni namanya ciki marcekeh..hahaaa...
Ganah betul nama dia...hihiii

ni le pasangan kepada ciko marciko aritu...mr hubby ckp kesian plak tgk ciko tu sorang2 tanpa kawan kn...so, sementara offer masih dibuka di Uptown Shah Alam rembat jelah satu lg...

kes yg x blh blah berlaku mlm td bila si ciki hilang. Tengah sesedap rasa aku tido kul 5pg tetiba plak bunyi benda mencakar kotak. Apalagi terkejut ala2 chimpanzee le aku yg aku sangkakan tikus. Hmmm rupa-rupanya si ciko yg dok cakar kotak...Aikkk??? apa hal kot luar??? Cepat2 le aku keluar jengah sangkar, laaa...dh kosong rupanya sangkar dgn pintu menganga. Huuhhh!!! parah...mana aku nk cari ni...








Yang paling aku risau takut dia dh keluar dari rumah ikut lubang pintu, sah xkkn jumpa lg dh...x pasal2 aku terpaksa mengemas dan menyapu rumah kul 5 pg nk cri si ciki punya pasal. Yalah, haiwan ni dh le kecik lepas tu suka menyelit celah2 tempat sempit pulak tu. Kalau dia terkena penyapu tu at least kita blh dgr suara dia yg mengerang marah bianya...

Tapi xde!!! argghhhh!! sampai ke subuh aku mencari x jumpa2. Last sekali aku ke dapur plak nk cuba cari kt bahagian dapur, dan.........
Yehaaaaa!!! tanpa rasa bersalah si ciko tgh tergedik-gedik, terlompat-lompat kt bawah mesin basuh...

fuhhhh! moral of the story is....sblm tidur dan setiap masa sila pastikan pintu sangkar bertutup rapat ya...klu x, kamu akan mengalami simptom kezutan mcm aku mlm td...

Tengok, celah kusyen sofa pun dia boleh duduk..x ke nanti blh jd lempeng kalu terduduk??

pernah jgk kecoh cari bila dia bergayut kat belakang sofa macam ni...jenuh diintai-intai kat bawah x jumpa. Mana nak jumpa, bila jenguk kt bawah x nampak pn kaki dia...hahaaa...dah macam main sembunyi2 pulak kalau hilang...




Saturday, 28 December 2013

AIR TERJUN SUNGAI TUA (ULU YAM)


Hmmm...ni minggu lepas pnya crita le ni...
Anak2 punya permintaan le ni...Kt sini merupakan destinasi wajib setiap tahun utk kami bermandi-manda. Ya la kn...ni le tempat yg paling dekat kalau nk berkelah-kelah dan nk lari dari kesibukkan kota sekejap kn...dh le free kn...apa susah? cuma kna bayor parking je rm 3.00 utk 1 hari. Kalau ikutkan dulu2 xde pn kena bayor2 parking tu, semenjak 2 menjak ni je...

Biasanya kalau kami pergi, kami akan pergi dlm pukul 10.00 @ 11.00 pagi dr Klang dan akan lepak sampai pukul 5.00 - 6.00 petang. Dah alang2 dtg kn biar le berlama-lama.

Plan awal ingat nk bakor2 ayam, tp malas le pulak sbb takut hujan..maklum le skarang cuaca x menentu, x pasal2 nanti kebuluq je x dpt makan sbb x boleh bakor ayam..so keputusannya aku masak jelh siap2 lg selamat. Kalau hujan sekalipun lepak jelah kt mna2 tempat yg blh berteduh, janji boleh makan...


Ni jelah menu yg sempat dimasak hari tu...
kangkung ikan masin, sambal sotong, asam pedas ayam, daging goreng kunyit, ikan pekasam, telur masin dan kek keju meleleh slurppp slurppp!!

Hek eleh...tu je?? Ha...korang tau ke, tu je tu je, pukul 6.00 pagi lg aku dah start bersilat dah kt dapur. Anak2 mama yg baik hati tu apa cerr??? Jawapannya krohhh krooohhh lg le kn huhuuu...Bukan apa kalau siap cepat boleh bertolak cepat senang nak cop tempat hihiii..kalau pergi lambat2 susah le sikit nak dapat port yg sesuai dgn selera gitu...

Tapi mengikut pengalaman aku, kalau pergi ari Sabtu biasanya xde masalah nk cari tempat walaupun cuti sekolah. Tapi kalau hari Ahad memang bermasalah sikit le..

Hmmm xde le nk crita mnarik mana pn, nk bercerita pn x xcited...maklum le dh selalu sgt pergi kan...layan jelah gambor yg x berapa nk ado ni sbb nk bergambor pn malas dh rasanya hihiii...kami pergi pun just nk hilangkan stress je dr dok kt rmh tu...



 sempat le jgk kn mlm tu perap ikan siap2, saja stanby kalau2 tak hujan blh jgk main masak2 kn...tu pn x banyak sbb atkut hujan nanti busuk pulak ikan nk tunggu sampai petang.

mak aiii...tengok le dlm khemah kitaorang...siap bercadar-cadar le bagai...hihiii...sebenarnya cadar tu dh lama, dh nak buang dh pun..tapi fikir2 balik baik digunakan utk alas dlm khemah pn ok jgk sbb cadar tu tebal..dapat le jgk nk elakkan tanah yg lembab2 basah aritu kn..

jangan risau ya...kat ulu yam ni line tel sentiasa ada dan anda blh menelefon org yg tersayang pada bila2 masa dan waktu yerr...hihiii..gaya je lebih adik ni kn...


muka frust dan kepenatan menunggu masa nak balik...alhamdulillah tak de hujan lebat sepanjang hari tu cuma ada gerimis je sekejap...







Sunday, 22 December 2013

STRAWBERI CREPE & DURIAN CREPE


Walaupun dah lama x pe la kan..daripada xde langsung...
makanan tu pn dah lama jd bahan kompos hahaaa...

Ni le hasilnya setelah berlebihan buah strawberi yg dibeli aritu..sebenarnya aku buat serentak dengan durian crepe menggunakan durian yg dibeli di Lata Iskandar tu..

Dh nama pun sama2 crepe kn, so menggunakan adunan yg sama cuma dibuat pengasingan adunan sebelum mencampurkan bahan2 yg mengikut kategori masing2...


Nampak x warna hitam kat dalam tu, haa..tu ialah buah strawberi yg dicincang dan digaul bersama krim


Makkk aiii...hudoh bebenor ghupernye...tuan2 dan puan abaikan ajer ler yer krim yg sememeh dan semomoh tu. Bukan apa tu, kalau dh tahap kesabaran dh xde dlm diri ni le jdnya...belum pn krim tu sempat set lg dlm peti sejuk dh dipotong ni le hasilnya...len kali kena sabor ya anak2 ku...

Resepi utk crepe ni ada mcm2 versi kt internet, pilih je sendiri yg mana berkenan. Resepi asal ialah resepi durian crepe, cuma yg bahagian crepe tu aku letakkan pewarna merah dan perisa strawberi. Yang bahagian krim pulak daripada isi durian ditukar kepada buah strawberi yg dicincang dan letak sedikit perasa strawberi.

ni dia resepi yg aku cuba dan diubah mengikut kesesuaian sendiri..

RESEPI DURIAN CREPE
sumber : Buku Resepi

20gm tpg gandum
20gm tepung ubi
10gm tpg kastard
10gm tpg jagung
1 biji telur
1 sk minyak masak
1 sb gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna kuning (tukar kpd pewarna merah)
perisa durian (
tukar kpd perisa strawberi)

 Cara Membuat:
  • Masuk semua bahan dalam mangkuk, sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit.
  • Boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih.
  • Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang.
  • Layangkan kuali agar adunan sekata.
  • Masak atas api kecil.
  • Masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu


Bahan-bahan untuk filling :

150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
isi durian secukupnya (tukar kpd buah strawberi yg dicincang kasar)


Cara Membuat :
  • letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya.
  • lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.
  • taraaa... dh siaapp..

*utk cara meletak filling perlu le ditukar kn sbb dh buat yg strawberi punya, disebabkan buah strawberi yg dicincang tu dh digaul sekali dlm krim so, x payah le lg nk dilapis mcm nk letak isi durian tu. Cuma kalau buat lain kali aku nk cuba lapiskan dengan jem strawberi pulak utk menggantikan isi durian tu.


ni pulak durian crepe yg dihasilkan



hhmmmmm..yummy...cubalah


Saturday, 14 December 2013

HARI KE-3 DI CAMERON HIGHLAND


Pagi2 lagi dah siap packing2 barang sbb pukul 10.00 pg kami dh nak say good bye to Chua Gin sbb nak sambung jalan2 dan terus balik. nampaknya cuaca pagi ni pun memang sangat2 baik sbb takde hujan sikit pun. Namun, apabila tiada hujan maka matahari pun mula mengintai le..apa maknanya tu? maknanya CH pun tak de le sesejuk mana pun...tak payah pakai sweater pn tak pe..berbeza dgn cuaca masa aku datang 15 tahun dulu..(lama tuuuuu...dh boleh simpan kenangan tu kt muzium dh hahaha...) serius...memang tak sejuk pn aku pagi tu...

k lah utk sarapan kami nk cuba kat gerai roti canai yg selalu kami nampak dari tingkap hotel tu..(dlm bulatan). Nampak mendung je kn..gambar ni diambil petang sebelum tu...

makanan tak banyak pilihan sangat tapi ada le mee goreng, mihun, roti canai dan beberapa jenis lauk nasi putih. yang paling best kuetiau kerang dengan harga rm 4.00. mula2 order 1 je, tapi bila dh makan sedap tambah lg 2...tgk tu, bersepai-sepai dia punya kerang..
harga roti canai pn mcm biasa je, roti kosong rm 1.00, roti telur rm 2.00..

budak ni makan roti telur..

budak kecik ni pun...

Perut dh kenyang apalagi, teruskan perjalanan untuk bershoping pulak di pasar Kea Farm. pasar ni ada 2, satu yg kt atas besar sikit le. satu lg kt bahagian bawah, tak besar sgt la..aku pergi yg bahagian atas. betul2 kt sebelah kanan hotel ni.

Suasana di pasar Kea Farm, TQ apek sbb sudi jd model huhuuu...





Apa yang ada kat sana? 
macam2 ada...dan harga pun murah2...sesetengah org ckp strawberi murah kt psr malam. tp bagi aku, selama 2 hari buat servey kt sini le paling murah. kt pasar malam rm 10.00 tak boleh nk kurang langsung. tapi kat sini memang rm 10.00 jgk tp ada pakej beli 2 ke 4 ke..jatuh le juga harganya dlm rm 7.00 sepeket. pandai2 le pilih dan survey dulu ya..
antara benda yang wajib dibeli bila datang ke CH

Strawberi segar

 Strawberi kering

Aku tak beli jagung mutiara tp aku beli jagung ni, jagung susu..manis gilerrr...

Kaktus pun ada dijual di sini..

Banyak lagi lah benda yg wajib dibeli tp aku tak ambil gambar sbb leka dok bershoping..klu nk tau google cari..(versi malas dh ni..)


Dah habis shoping nk pegi pulak ke ladang strawberi sambil melepaskan penat. Terdapat banyak ladang strawberi di sini. Pilih aje yg mana berkenan. Pilihan kami pula ialah Ladang Strawberi KHM sebab nak pergi rasa dia punya aiskrim dan skon yg dikatakan sedap. 

hhmmmm...memang sedap

harga pun murah rm 2.00 sebekas




Skon pun sedap...dihidang panas-panas 1 set ni rm 15.00




Disebabkan sekarang ni musim strawberi tak menghasilkan buah, so kami tak msuk pun ke ladangnya sbb dari jauh pn dh nampak tak de buah pun..sebelum balik jgn lupa beli jem strawberi ya sbagai buah tangan.

Jem pulak ada 2 jenis, 1 yg tak ada buah rm 5.50 tak ada gambar pulak..
yang ni jenis yg ada buah sebiji2 kt dalam, harga rm 6.50

yang ni sos strawberi rm 7.50

posing la sikit kan sebelum balik... 

Seterusnya destinasi kami... MARDI…dengar cerita best….MARDI ni terletak di Tanah Rata, tak jauh pun dari Brinchang. Sampai sana pukul 12.45 tgh hari, guard dh tak bagi masuk sbb dah tutup dan akan dibuka semula pukul 2.00 ptg. So terpaksa cari tempat lepak yg berdekatan dulu iaitu di sini…
 

Taman ni nampak sangat tak dijaga dan terbiar. Sayang tau sbb tempat ni ramai juga org datang untuk lepak2 dan utk makan2 bekal yg dibawa bagi yg datang bercuti  tau..kalau dijaga elok memang best tempat utk lepak2..





Dekat pukul 2.00 kami brgerak semula ke MARDI dan seharusnya kena beli tiket dulu. dewasa rm 3.00 dan kanak2 percuma.











alamak... tak de seri la pulak..buah yg masak dh habis di kutip..hhmm kasi tukar la ya..
tinnnngggg!!
haaa...baru la ada seri...hihii...

aaaaauuuummmmm...

pokok pear

pokok epal

labu air kt dalam taman herba

suasana taman herba

haa...ni le pokok asparagus

bagi sape yg tak pernah tengok, ni pokok asparagus yang dh besar

papan tanda arah untuk ke tempat2 menarik yg terdapat di sini


sape yg kehausan blh ngeteh dulu kt sini ya...





Destinasi terakhirnya....
Bharat Tea Plantation...kt sini aku dgn Erin tak turun kereta pun sebab Erin baru je lena kat riba aku. so, tak naklah kacau dia tidur sebab dia tersangat-sangatlah penatnya...yang lain jelah pergi sekadar tengok2 pemandangan je, tak turun ke ladang pun..

dan akhirnyaaa....sayonara Cameron Highland, jumpa lagi.....

Maka bermulalah perjalanan kami utk pulang semula ke rumah yg telah lama ditinggalkan huhuuu...
kami memutuskan utk balik melalui Tapah, saja je sbb nanti nk nyinggah kat Lata Iskandar nanti..dh lama pn tak ke sana.

Tapi ya Allah...jalan sana memang bengkang bengkok macam ular kena palu pastu kena ketuk lg...berpusing-pusing, dh le sempit. Kebanyakkan selekohnya merupakan selekoh tajam plak tu..kalau sesape yg nakkan keselesaan baik le ikut Simpang Pulai sbb jalannya besar dan ularnya xde le kena palu cuma kena ketuk je hahaaa... 

Di sepanjang perjalanan melalui Tapah ramai pulak yg menjual durian, eeii geram x terhingga. Tapi disebabkan salah seorang antara kami yg memang elergik dgn bau durian, maka hasrat utk membeli ku pendamkan saja le...so, jgn selfish ya...no no noo..kesian kt bdk tu, nt pengsan lak dlm keta..

Setelah melalui liku2 jln yang mendebarkan dada, maka sampai le jua kami ke destinasi yg dituju LATA ISKANDAR!!!




Mak aiii... kat sini pn ramai jgk org yg menjual durian. hmm tahap kesabaran dh sampai maksimum dh ni. so, terpaksa la ku gagahkan diri utk membelinya barang sebiji dua...

haaa..ni le hasilnya...
korang tau ke berapa harga durian kt atas tu??? tak tau kn? Tak tau kan? haaa utk semua yg kt atas tu blh dpt dengan harga RM15.00. Haaaa? terkejut jgk la kn masa beli tu..tp buat2 x terkejut la kn..nt karang tetiba plak penjual tu naikkan harga kn parahhh...

Isinya korang tengok le sendiri kan....walopon ni bukan durian yg dijual dgn harga timbang tp dia pnya isi memang sedap terasa lemak manis dan tak de rasa pahit langsung..
Sedap jgk menikmati durian murah disulami deruan air terjun ni hihiii...Tp memang sedap, puas giler makan...

"Shayer pun peminat tegar durian tau...x mcm abg shayer...usahkan nk makan nk bau durian pun x bleh..eeiii ape dahhh abg.."

Walaweiii... x habis rupanya kami makan durian sebanyak itu, tinggal 2 biji lg. Nak dibuang sayang pulak..last2 keputusan nk bwk balik le sbb teringat dlm keta ada bekas nasi yg dibuat bekal aritu. teori minda aku berkata, bekas tu kedap dan ada kemungkinan bau x boleh menebusinya...

k, try lh..tp kalau dah alang2 nk bwk balik mana cukup utk 2 biji? dh alang2 masuk keta, kala benda tu nk berbau usahkan 2 biji, seulas pn 1 keta semerbak. Akhirnya pergi jelah gerai tu balik, tambah lg RM15.00...

Haaa...kau...ni le hasilnya...

Dan akhirnya...misi membawa pulang durian Perak berjaya jua...memang sikit pn x berbau dlm keta, alhamdulillah...
dalam kepala dok terbayang durian crepe...TUNGUUU!!!