Hari pertama
Tetiba tergerak hati plak nak update blog walaupun dh lama tak update…ni pun bkn apa, saja nk update pasal percutian kami sekeluarga dan sebagai rujukan kenangan kami bersama pada masa akan datang. Yalah kn, mna nk tau memori dh x berapa nak kuat dh bila dh kertu nt kn..at least ada la jgk back up memori kn huarghh huarghhh…
Kami bertolak pada 3.12.2013 jam 11.00 dari Klang. Hmmm tu
sbnarnya dh lari dari perancangan awal sebenarnya tu. Plan awal dh cantik dh
sebenarnya…cadangnya nk bertolak seawal 6.00 pg pd hari tu sbb aku anggarkan
kami boleh tiba 10.00 pg sempat la nk merayau dulu habiskan masa sebelum check
in kul 2 ptg nt.. dapatlah manfaatkan hari pertama dgn berjalan2 dibeberapa
kawasan terlebih dahulu, jimat sikit masa.
Tapi tulah kn, kita hanya merancang…
Kami memulakan perjalanan pukul 11.00 pagi dari Klang melalui Simpang Pulai. Akhirnya dlm
pukul 2.00 kereta kami mula mendaki bukit yg menuju ke arah Cameron Highland.
Excited la jgk kan sbb masa tu hawa sejuk dh mula terasa. Ditambah pulak cuaca
hujan di sepanjang perjalanan tu. Dalam hati risau jgk, camana la nk berjalan2
nanti disepanjang percutian nanti sebab sekarang ni memang musim hujan dan
sesetengah kawasan di negeri Pahang sudah pun banjir yang agak teruk jgk..tp
percutian tetap diteruskan jgk maklumlah hotel dh di booking, cuti pn dh apply
kn..so teruskan jelah…
Ni lah suasana pendakian kami dalam cuaca hujan renjai. Ada
masa kabus tebal sampai tak nampak jalan.
Bila tgk jam dah pukul 2.00, hati mula risau sebab teringat
kisah dlm satu blog yg aku baca masa buat survey mengenai hotel di CH ni.
Katanya hotel Chua Gin yg mereka tempah telah diberi kpd org org lain sbb mereka
tiba lambat walaupun dah bayar duit booking. Addusss..cuak jgk aku masa
tu…cepat2 aku tel hotel tu bagitau yang aku akan sampai lambat dalam pukul
3.00, dan katanya ok…ok ok jgk tp selagi x dpt kunci cuak jgk sepanjang
perjalanan.
singgah ambil gambar kat tepi jalan jap sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Brinchang..
Dan akhirnyaaa….tiba juga kami tepat pukul 3.00 betul2 sampai kat pekan Brinchang…
singgah ambil gambar kat tepi jalan jap sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Brinchang..
Dan akhirnyaaa….tiba juga kami tepat pukul 3.00 betul2 sampai kat pekan Brinchang…
Apalagi terus ke kaunter hotel dan kami diberitahu yg bilik
kami berada di bangunan belakang iaitu bangunan baru. Dekat je, x jauh sgt pn
dgn blok depan. Aku pn tak tau apa perbezaan antara blok baru dan lama sbb
first time duduk hotel ni.. Tapi bagi aku ok jgk bila dpt blok belakang ni sbb
setiap kali kita keluar masuk hotel kita tak de nk melalui kaunter terlebih
dahulu dan terasa betul2 privacy macam turun naik rumah sendiri…ekkekke…
Hmmm nak cite la sikit kan camana aku boleh dapat bilik
ni…kesahnya kan, biasa la klu sesapa pn nk kemana-mana mesti la search dulu kt
internat kan kan?? Cam tu juga la dgn aku, rasanya berminggu-minggu juga lah
dok cari-cari maklumat yg boleh diguna pakai…
Mulanya aku dah berkenan sesangat dgn hotel Snooze
ni…anak-anak pun dh suka. Tapi tarikh yg aku nk booking tu cuma ada bilik yg
double je dgn harga rm 108.00 utk 1 malam sebab cuti sekolah. Kalau hari biasa
bukan cuti sekolah rm 88.00. mula tu nak booking dh tp aku nk cuba tel Chua Gin
dulu lah sbb ramai jgk yg dok puji hotel ni. Bila dh tel dan tanya harga,
katanya rm 98.00 dgn 2 katil saiz queen..whattt??? haa kn dh terkejut ala-ala
chimpanzee kt situ..
fuhhh! dh la murah, ada 2 katil queen dan 1 tilam single tambahan…mana taknya dah la beza lebih murah rm 10.00 hengget dgn hotel snooze tadi tapi tapi tapi….haaa kt Chua Gin anak-anak boleh tidur selesa atas katil kn..takde la merempat tidur kt bawah dgn tilam nipis yg akan aku bawa. Huhhh! Kira terus jadi jelah..hari tu jugak terus bank in duit, murah je utk booking rm 50.00 je…settle terus..
fuhhh! dh la murah, ada 2 katil queen dan 1 tilam single tambahan…mana taknya dah la beza lebih murah rm 10.00 hengget dgn hotel snooze tadi tapi tapi tapi….haaa kt Chua Gin anak-anak boleh tidur selesa atas katil kn..takde la merempat tidur kt bawah dgn tilam nipis yg akan aku bawa. Huhhh! Kira terus jadi jelah..hari tu jugak terus bank in duit, murah je utk booking rm 50.00 je…settle terus..
Nasib baik juga kami dapat tingkat 1, tak de lah penat nak
panjat tinggi-tinggi ni kan..haaa ni tangga untuk naik, belok kiri je ada 4
bilik rasanya..
Taraaa…dh masuk bilik pn…
Alamak…lupa la plak nk ambil gambar bilik hotel masa
mula-mula masuk…kalau dh masuk bru nk ambil gambar tak payah la kn…wat malu
kaum je lah hihiii…tau jelah rakyat jelata aku ni mcm tak pernah tidur atas
katil huhuuu…
Tak pelah, ni aku ada ambil kt google yg seiras dan sejibik
mcm bilik aku aritu. Haa..mcm nilah rupanya…
Ni bilik air yang aku snap (tu pun hari nak balik baru
teringat) pakai heater macam ni je, buakan heater yang elektrik tu ya…
biliknya ok je, tak besar tak kecik. Tapi kan…tapi kan….hmmm
masa masuk tu lantai yg beralas karpet tu mcm basah la…rasa macam tak selesa
sikit la kn sebab dh la cuaca sejuk dgn hujan lagi tetiba lantai basah rasa
semacam je kn??? Basah tu tak de la sampai lencun kn, Cuma rasa lembap2
sikit…tapi abaikan je lh ek, dah nama pun hotel bajet kn…buat2 tak tau
jelah….bau hapak?? Ada la sikit2…buat tak tau jelah ya…dh nk hotel bajet sgt
kn….tp rupa-rupanya ada masa rasa kering tau, ada masa rasa lembap
balik..mungkin disebabkan wap sejuk kot…
masa nak tidur malam pn rasa agak x selesa la dgn blanket yg disediakan sbb blanket tu sebenarnya tak ditukar tau waktu guest lain check out...yg ditukar cuma cadar putih dan alas putih yg ada bwh blanket tu jelh yg buat rasa selesa sikit. Blanket tu pn mcm ada bau2 hapak x basuh hihiii..nasib abik aku ada bwk selimut dr rumah…mungkin diorg punya jadual cuci blanket tu seminggu atau sebulan sekali kot…
tapi untuk keseluruhan hotel ni ok je…sesuai dengan title
hotel bajet kn…tak yah la kita nak bandingkan dgn hotel yang sah-sah mahal yang
harga pun ratus-ratis sehari kn…tp kalau terlebih mampu boleh je. Bagi aku, tak
perlu membazir utk hotel yg mahal, sbb kita pergi nk habiskan masa bersiar-siar
di luar bukannya nak habiskan masa kt hotel pn. Tambah pulak kalau yang pergi
utk 1 malam je..esknya dah tentu pagi2 lg dah keluar dan check out terus sbb nk
sambung jalan2 kan…
ok, utk hari pertama tak banyak aktiviti yang kami lakukan
sebab sampai pn dah lewat. Dah betul2 blh rehat kt hotel dalam pukul 4 la kot…tp tak sempat rehat pun sbb sampai2
je kt bilik hotel anak2 dah merenget kelaparan.. sempat le pagi sebelum
bertolak tu aku masak menu yg simple2 je…nasi putih, telur dadar, ikan goreng,
sambal udang dan sayur campur..tu je..tu pun sbb dh plan utk mkn tengahari tak
yah nak keluar duit makan kt kedai, malam baru plan makan kt kedai..
so, apalagi..makan time le..silakan, jemput makan…
uurrrpppp!! Alhamdulillah…kenyang la jugak kan…
tp rupanya bekal yg dibawa tu tak abis pun untuk sekali
makan…dalam pukul 7 malam anak2 nak bedal lagi nasi yang ada haa….hambek ko…baru
pukul 4 td makan, lapo lg ke weiii…makan le weiii, kalau x membazir jugak nasi
tu nanti selamat duit makan malam ni.
Dalam pukul 8.30 mlm keluar jengah2 pasar malam Brinchang
jap. Tak jauh pun dari hotel, jalan kaki je..masa ni hujan juga renyai2. Tu yg leceh
nak berjalan tu, tambah pulak nak bwk budak kecik..kat situ kami cuma tengok2
jelh. Nak beli dan belah pun masih terlalu awal lagi untuk kami sebab masih ada
2 hari lagi kat sini. Nak beli makanan pun perut masih terasa kenyang. Pasar
malam ni tak de la besar sangat. Banyak
yang jual cenderamata, makanan pun ada nasi ayam, mi goreng, kuetiau goreng dan
macam2 lagi. Harga pun lebih kurang je dengan pasar malam kt tempat kita.
Sebelum balik tu beli jugak la udang goreng tepung sbb tgk
macam sedap je…harga rm 15.00 utk 2 bekas nasi polisterin tu, kalau ikutkan rm
10.00 satu, tp disebabkan masa tu dah pukul 10.45 diorg dh turunkan harga
dah…ok lah rasanya memang sedap…kami makan udang tu kat kedai Pak Nik ikan
Bakar yg rmai org dok puji2 tu kalau datang CH ni…semuanya minum teh tarik
sebab sejuk kn..Cuma papa je yg makan nasi putih dgn hirup tom yam. So nak
komen lebih2 tak dapat lah sebab kami tak makan pun. Dari apa yg aku curi hirup
tom yam papa, hhmmm sedap gak..terasa jgk di tekak ni…tak pe, tunggu esok jelah
aku makan…
lepas tu terus naik ke bilik dan berehat-rehat sambil
bertekak-tekak anak beranak kn sementara nak tunggu mata mengantuk…krohhh
krohh…
No comments:
Post a Comment