Ya Allah, hari ni aku telah diuji....
Hati ibu mana yg tidak sedih, sayu dan pilu apabila melihat anak yg dikandung jatuh terlentang di depan mata?
Ya Allah, hanya Tuhan saja yg tahu perasaanku ketika itu...
kisahnya macam ni...
Petang Jumaat dalam pukul 5 ptg aku cuba2 mendeko cupcake dan sebiji kek sebagai praktis. Terasa melekit la pulak lantai rumah, so aku pun capai mop nak mop lantai. Masa aku sibuk mengemop, abang tengah leka menonton tv. Aku pun suruh lah dia bangun. Sambil bangun dan melangkah beberapa langkah mulutnya pn bercakap 'ooo...nk mop....' sepantas dengan itu, terus terlentang. Ya Allah kuat betul bunyi hentakan. Mop yg ku pegang terus ku campak dan terus memeluk abang yg dalam keadaan mamai, berkali-kali aku memanggil nama abang tapi masih mamai. Sikit pun abang tak menangis tu yg buat aku cukup risau. Namun setelah ku pangku dan ku panggil lagi namanya barulah keluar air mata tapi tidak menangis dengan kuat. Mungkin masih terkejut.
Aku panik dan tak tau nak buat apa... cuba hubungi papa berkali-kali tp tak jawab. Akhirnya papa sampai dalam pukul 8.45 malam dari tempat kerja. ku ceritakan segalanya. namun hatiku masih belum tenang melihat keadaan abang yg merengek menahan sakit. Rasa bersalah, menyesal dan macam2 lagi. Dalam kepala aku berkata 'kalau lh aku tak mop lantai benda ni takkan jadi..' 'kalau lah aku tak suruh abang bangun masa nak mop benda ni tak akan jadi...' menitis air mataku memikirkannya....
Tanpa berlengah pukul 9.30 aku terus membawa abang ke klinik, nasib baik tak ada orang lain yang menunggu. Sebaik sampai di klinik abang mengadu nak muntah dan terus ke bilik air bersama papa manakala aku terus ke bilik doktor. Setelah mendengar peneranganku, doktor terpaksa membuat surat untuk ke hospital kerana ada tanda2 muntah. Tak apa segalanya aku sanggup demi anak2.....namun setelah doktor memeriksa kepala, doktor ckp tunggu pantau dulu kesihatannya malam nanti sekiranya masih muntah atau sakit yang berterusan kena terus bawa surat yg diberi ke hospital.
Balik rumah terus abang makan ubat tahan sakit dan mengadu sakit perut. Terus papa ke kedai beli minyak angin...aku dah nekad malam ni aku akan jaga abang sampai ke pagi. Abang tak dapat tidur nenyak dan asyik merengek-rengek menhan sakit. Runtun rasa hatiku......
Ya Allah kau jauhilah anak-anakku dari segala penyakit yg merbahaya aminnn......
kesian....tidur dalam kesakitan
kalau ikutkan hatiku nak je aku terus bwk ke hospital, tapi papa cakap tunggu, tengok keadaan dulu...............
Untuk menenangkan hati, aku search di internet mengenai isu kepala terhentak. Akhirnya aku terjumpa soaljawab isu tersebut dlm blog Dr Zubaidi di sini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu menangkan hati aku yg tengah risau....maklum lah kita sebagai ibu semestinya risau jika keadaan ini berlaku...
menurut Dr Zubaidi kita kena pantau dalam tempoh 24 jam, dan sekiranya anak aktif bermain seperti biasa bermakna tiada kecederaan yang serius. TQ Dr atas info yang diberikan.
mama doakan semoga abang cepat baik dan boleh bermain seperti biasa ya.....AMINNN.....
No comments:
Post a Comment