JellyPages.com

Thursday, 15 November 2012

ROYAL AISING

Semalam kebosanan melanda sebab tak ada aktiviti yang menarik. Akhirnya mentol kat kepala ni menyala ting! ahah...ROYAL AISING...maka tanpa melengahkan masa yang tak berapa nak cukup ni, aku terus ke dapur dengan perasaan penuh keyakinan bahawa bahan2 yang akan digunakan cukup dan complete, maklum jelah bahan2 nya pun mudah dan simple.

Aku menggunakan resepi Chef Razak yang telah ku copy dari blog yatie's cooking. Kalau sesape yang nk tengok hasil kejadian yg yatie buat boleh klik kt sini, bunga yang dihasilkan oleh yatie cantik sangat. Tapi mintak maap le sebab aku punya buat bunga yg simple2 je. Maklum le keras tangan...untuk resepi ni aku buat setengah adunan je sebab baru first time nk cuba, takut tak menjadi plak kn....

Ni dia resepi yg mudah dan senang yg di copy dari blog yatie, thanks ya...

Royal Icing
Sumber : Chef Razak
Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)

Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
 3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Pukul adunan sehingga pekat
5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki.
untuk cubaan pertama ni aku tak menggunakan Traganth Gum, yg lain2 aku ikut sepenuhnya penggunaan bahan-bahan, dan adunan ni cepat keras. Makanya kena tutup dgn kain yg lembab adunan yg selebihnya sementara nak tunggu paip ya...dan inilah hasil kejadiannya...TARAAA....
warna merah, hudoh bebenor mungernya kan...
  
warna oren, ni dah jumpa skill sikit ni...

untuk setengah adunan dapat le banyak ni... jadi le kn, ni pun tak tau le nak tenggek kat mana nanti hi hii...

No comments:

Post a Comment