JellyPages.com

Tuesday, 31 December 2013

AHLI KELUARGA BARU

(sebenarnya post ni dh ada, tp ntah camana blh terdelete plak...akhirnya aku repost balik sebijik mcm yg asal dulu utk tatapan kenanganku dan famili)

Hmmmm memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami... en. Ciko Marciko!!! yeyyy! yeyyy!
Sebenarnya dah lama teringin nk abik anak angkat ni...baru skrang plak termakbul, mudah-mudahan bahagia bersama kluarga kitaorg ya...


 Best jgk bela sugar glider ni tau..seronok buat main terutama sekali budak2. Ni umurnya baru 2 bulan setengah. Ok la, jinak la jgk kn.xde la plak dia nk menggigit dan nak mencakar org. Sebelum ni dah lama dok cari info kt tenet pasal benda ni, dan byk jgk info yg mengatakan benda ni akan akan agresif sikit sebelum dia betul2 kenal kita. Tapi Ciko ok je, manja je...cuma dalam tempoh 2 hari selepas urusan jual beli tu dia mcm monyok je kt sangkar. Risau jgk kn dh habis beratus xkn dh nk mati kot...

cari2 le jgk info kt tenet, katanya dlm tempoh 2-3 hari pertama memang dia cam gitu sbb mungkin dia stress dan juga masih belum biasa dgn persekitaran yg baru. Masuk hari ke-3 dia dh mula ok dan aktif, panjat sana panjat sini macam ni...




Ni beli kat Uptown Shah Alam. Harga RM 180.00 seekor. Kalau tak harganya RM 200 lebih tapi dia wat promosi sempena cuti sekolah, so rembat jelah...lagipun dh lama anak2 dok merengek mintak belikan. Dah abis cuti sekolah nanti harganya akan jadi harga biasa pulak..
fotogenik pulak tu kan...comellll...............

Sape2 yang teringin nak beli tu beli le...dan bagi yg mula berjinak2 dan perlukan info berguna klik kt di sini ya...info kt blog tu banyak membantu aku jgk, thanks...


No comments:

Post a Comment