Alamakkk aii… malam pertama kt CH tak boleh tidur dengan sempurna la pulak… si kecik asyik merengek je tidurnya. Risau pulak aku, kena sampuk ke hape budak ni…hehee cuak juga rasa…dah le bunyi bising air hujan yg menitik atas papan tanda hotel kt tangga sebelah jelas menjadi pencemaran bunyi pada telinga aku..org lain tak la kot sebab aku sorang je penghuni bilik tu yang tak boleh tidur, org lain aku tengok ok je…siap berdengkur lg, huhuu sape la tu ekk…
Sebenarnya bilik kami betul2 dekat dengan kedai makan Pak
Nik Ikan Bakar tu…dekat macam ni…
yang bulatan merah tu bilik kami...haa.. tak mustahil la kan kalau malam2 masa nak tidur tu kan ada bunyi gelak tawa pelanggan ataupun bunyi keletung keletang bunyi kuali ya…lebih2 lagi tingkat 1. Kalau tingkat 3 @ 4 ok la sikit kot..tapi larat ke nak panjat tinggi?? Haku habis je tangga tingkat 1 pun dh rasa semput. Tp masih ok lg sebab blok belakang bukan jalan utama pun..parking keta pun boleh jengah kt tingkap macam ni…
hhaa atas tu je bilik..so turun naik 10 kali pun tak heran tau…
yang bulatan merah tu bilik kami...haa.. tak mustahil la kan kalau malam2 masa nak tidur tu kan ada bunyi gelak tawa pelanggan ataupun bunyi keletung keletang bunyi kuali ya…lebih2 lagi tingkat 1. Kalau tingkat 3 @ 4 ok la sikit kot..tapi larat ke nak panjat tinggi?? Haku habis je tangga tingkat 1 pun dh rasa semput. Tp masih ok lg sebab blok belakang bukan jalan utama pun..parking keta pun boleh jengah kt tingkap macam ni…
hhaa atas tu je bilik..so turun naik 10 kali pun tak heran tau…
Eh eh..termelalut la plak…
Ok sambung balik cerita di awal pagi hari kedua td. Tengok
jam, ala… baru pukul 5 tp tak boleh nak teruskan tidur lagi sebab dah terbantut
dah tidur ku td. Tunggu jelah hari siang sambil dok google cari tempat2 menarik
di CH menggunakan wifi free hotel tau..
Alaaa…cadangnya lepas mandi nak le jalan-jalan cari makan
untuk sarapan kn…pekena tek tarik ke..tp kan hujan masih lg renyai2..malas
betul nk pegi, kalau pergi si kecik Erin sah2 nak ngikut. Leceh la nk bwk dia
hujan2 ni..last2 papa sorang je yg pegi. Kami yg tinggal kt bilik ni terus je
bersiap2 utk keluar. Tak kira le hujan ke tak, takkan nak buang masa kat bilik
je kan… papa balik kami pun dh siap, apalagi terus turun dan mulakan dengan
desinasi yang pertama.
Kami mulakan dengan Bee Farm dulu sbb hujan masih renyai2.
Kat Bee Farm ni masuk adalah percuma. Disebabkan hujan masih renyai2 kami tak
nak turun ke bawah sekadar tengok dari atas je…kalau tengok dari atas macam tak
de apa pun…yg ada Cuma kotak2 sarang lebah jelah. Tp sbb free tak rugi apa2 pun
kalau sape2 yg nk dtg tgk kn..
So kami tak nak buang masa, kami putuskan untuk
ke destinasi seterusnya iaitu Lavender Valley.
Taraaa… dh sampai pun di Cameron Lavender…Untuk tiket masuk rm 5.00 utk atas 12 tahun dan rm 3.00 utk yg 12 tahun ke bawah.
Berbaloi?? Hmmm
pada aku la kn, sgt tak berbaloi…tak de apa pun kat dalam tu. Dari pintu masuk
memang cantik nampak warna2 bunga kn, hanya kt depan tu je bunga2 lavender yg
ada. Kat bahagian atas sebelah dalam tu ada la bunga ladang bunga kekwa dengan
ladang strawberi. Kalau nak petik bunga tu kena bayar rm 2.00 utk 1 kuntum. Ala tak de sape pun yg nk petik pn, bunga je pun kn.
kami terus turun bawah menghala ke pintu keluar sbb
bosan tak de apa nak dibuat dan nak di tengok kt situ. So tak yah buang masa
cawww saja lor… Hmmm menyesal pun ada masuk kt situ. Ya lah tiketnya memang le
murah, rm 5.00 kalau sorang..tp kalu 5-6 orang? Kalau berbaloi tak pe. Tu
pendapat aku la kn..korang jgn pulak ikut, kalau korang rasa nak masuk, masuk
jelah. Mana tau kena dengan mood korang. Nt aku jugak yg disalahkan. Huhuuu…
Lepas tu kami singgah pulak di Rose Valley. Kat sini kira ok la jugak kn berbanding kt lavender tadi tu.. tiket masuk rm 4.00 dewasa dan rm 2.00 kanak2. Yang aku paling suka tgk kt sini ialah di tepi2 dinding tanah tu di tanam dengan pokok pudini yg segar2…huiii tak habis2 la aku dok mencium bau daun pudina tu sbb daun pudina memang favourite aku terutama buat minum dengan teh o panas…huiii…
tgk kt belakang tu, betapa segarnya daun2 pudina tu..
ni cili jenis yg bulat-bulat
sederet kt belakang warna coklat tu ialah buah labu air yg telah dikeringkan
tangga ni sebenarnya tinggi dan curam tu yg semua gayat tu..
berehat sebentar kt pondok di bahagian atas
Sempat le main loncat2 sikit, tunjuk kt anak2 camana nk buat tarian buluh...(masa loncat tu jgn le pulak kita nk tunjuk yg kita ni xtau, wlopon ni first time kita buat..tunjuk mcm kita ni terer la. Level confident tu kena la tinggi, jgn risau anak xtau pn hahaa...)
ada air terjun lagi..
buai pn ada..apalagi, jgn lepaskan peluang
Destinasi seterusnya pula kami pergi pula ke Bharat Tea
Plantation. Simpang untuk menuju ke ladang teh tu setentang dgn Bee Farm tadi.
Maknanya kalau dari pekan Brinchang papan tandanya di sebelah kiri dan Bee Farm
sebelah kanan. Ni papan tandanya ya... (thanks to mr google)
Makkk aaaiii…… jalan nk ke situ punyalah kecik nk curam, sayup
mata memandang…so hati2 bila memandu ya. Dan jgn segan silu nk bunyikan hon di
selekoh tajam. Jgn jd macam my laling ya, sepanjang perjalanan dibunnyikan hon.
Huhhh! Perli aku le tu sbb aku yg suruh dia bunyikan hon bila tiba di selekoh..
tp wlaupun kecut perut perjalanannya memang best sgt…
Laaaa…dh sampai pun Ladang teh sungai palas tapi rupanya
semua pengunjung kena letak kereta di parking lot dan kalau nak ke café kt atas
tu kena jln kaki. Tinggi tu nak panjat bukit…mau tonggek dulu bontot kami semua
hahaaa…so, keputusannya blah jelh dan boleh je bergambar kt tepi jalan…tunggu
pergi tgk ladang teh Bharat jelh esk..
Alamak…badan pn dah rasa penat smuanya..so, cari tempat
makan jelah..tak nak cari yg jauh2 sebab badan dh penat. Pilih je mna yang ada
kt pekan Brinchang tu. Ingat nk pergi makan kt Pak Nik Ikan Bakat tp blm buka
lg rupanya..akhirnya kami pergi makan kat food court. Ada la beberapa gerai
nasi campur. Harganya?? Tak tau la nak kata mahal ke murah kan..korang nilailah
sendiri ya… aku makan nasi putih, terung goreng 4 potong, ayam kari seketul
harganya rm 7.50 (tak termasuk air ya..)
Sudahnya petang tu semuanya terbungkang tidur sampai ke
petang tak de ke mana-mana. Malam baru ke pasar malam sebab dh boleh cari2
barang utk balik esk…..beli la jugak kn bantal2 yg bercirikan CH ni sbb harga
pn tak mahal, serendah rm 10.00 je..
jangan lupa juga untuk membeli strawberi coklat utk terus dimakan
cara makannya seperti ini ya...
Lepas shoping kt pasar malam baru pegi makan kt Pak Nik Ikan
Bakar. Kami order tak banyak sbb kak long tak nak makan. Hanya order tomyam cendawan,
ayam goreng kunyit, daging masak merah, nasi putih 4, air 4 dan harganya rm
28.00. boleh la kan…dan puas hati dengan makanannya, memang sedap dan isinya
pun banyak, cukup utk kami 4 org makan…






No comments:
Post a Comment